Thanks ! anda yang ke :

I CARE

15.12.12

LANGKAWI CLASS TRIP 2nd SEMESTER


assalamualaikum

hello there. ahaks. langkawi arrival. isnin baru ni our magnificient lecturers telah bawak kitorang ke langkawi untuk acara mengambil sample di beach, mangrove dan rocky shore. went there for three days and two nights all for free. yeah. niat nk belaja je kan. 

here are some pictures and the activities

we arrived kat jetty kuala perlis pukul 11 camtu n ferry betolak more or less pukul 12.30. 

first day:


kat jetty kuala perlis


nampak sangat bosan tunggu sampai pic pun shaking

n right after menapak kat langkawi, kitorang terus menuju ke pulau singa untuk first task iaitu mencari segala apa organism di intertidal area dan rocky shore


boat UiTM. nampak perubahan warna kulit di situ? tanned. ahakss


mamee monster kat pulau singa. nak elak burn punye pasal. agugu



muka2 penat menggali



second day:

and the next day, kitorang meredah paya bakau nak cri mr.mudskipper. penat siotttttttttt.



muka penat mencari haluan haha

unfortunately, mudskipper untuk group kitorang terlepas :'( ajal dia bukan di tangan kami uhuuh. dan kasut getah ku bersemadi dengan tenang berikutan terkoyak ketika berkejaran dalam lumpur. uhuhu

third day:


breakfast kat kedai roti canai..hehe pak cik tu siap bagi ayat doa lg untuk dihafal. terbaik lahh. tapi biaselah, nama pun pulau, makanan agak mahal terutama untuk nasi goreng goreng tuh hah. memang kena jimat cermat sikit. hehe 



jalan jap amik gambar kenangan kat sekitar motel





ini setelah sampai ke underwater world untuk task ke tiga




aku bajet holiday. haha so? 



ok bye2 langkawi.. hehe 23.12.12 ni kita ketemu lagi untuk aku memeluk pesisir pantaimu lagi. ahaks. ayat tak boleh belah. haha 




4.12.12

SIMBIOSIS


assalamualaikum

studying Marine 400 n suddenly teringat nak buka wall intan sofia. tah die tahu tak kena stalk oleh mak cik ini. haha rindu. then tiba tiba terpandang satu link blogger. Aisyah Shakirah. i read an entry entitled Qawama which means pelindung. 

sooooo secara tiba tiba lagi teringat sama itu abdul ajai a.k.a abdul qaiyum. almaklumlah Qawama dgn Qaiyum mcm sipi sipi je kan. suda 5 hari tak jumpa. weee~ aku bebas. bebas dari segele gelenyee~ haha lawak je noh. miss u sayang. cepat je tangan ni menggogle nama Qaiyum. ewahhhh 

klik klik

"budak gemok"
"sape gemok?! grr"

"akaun lagi susah tau"
"tak civil lg susah"
"aaa, patut nye kita tukar course"

"hujan ni macam mane?"
"tunggu reduh kita redah la"
"reduh?"
"reda plus teduh"
"hahahha"

unfortunately, Qawama n Qaiyum lain maknanya. haha maaf la saya tak belajar Arabic. i study Japanese. kawaiiiiiiiii blurp blurp. Qaiyum bermaksud independent. berdikari. memang melambangkan orangnye lah. so far so good. been busy with his IMTGT. hehe 


love,
aini :)




3.12.12

GRADUATION


assalamualaikum.. 

this is for my parents..

kadang kadang kakak mudah marah
mudah menangis 
terlanjur kata kata 
kakak tahu kakak salah
anakmu ini selalu menyakitimu
bukan niat kakak
mungkin jiwa remaja ni tak boleh diduga
tapi dalam hati kakak tekad nak bahagiakan 
seboleh mungkin tak mahu mak ayah risau
atau sedih 
atau terasa hati
tak mahu susah kerana anakmu ini

kakak dah genggam segulung diploma
semua ni untuk mak ayah dah famili
hasil titik peluh ayah
pening kepala kat tempat kerja
susah hati anak dia makan ke tak kat sini
ayah jangan lagi risau
kakak tak makan tak pe
kakak tak mau ayah risau
kakak tak mau ayah sampai sakit 

mak yang tak pernah merungut
mak yang sangat ikhlas
dari kecil sampai sekarang
mak sangat kuat
mak tak pernah mengadu letih
setia melayan di telefon 
masa kakak menangis malam malam
sebab rindu kan rumah 
sebab penat dengan pelajaran
segala rungutan dilayan penuh sabar

semua ni untuk kalian. kakak sangat cintakan mak ayah.
juga
terima kasih kerana sabar melayan permaisuri awak nih
selama kita kenal, saya down dan perlu sokongan
kehilangan yang saya sayang
awaklah yang juga selalu ada
ini tuk mak ayah, dan kita berdua

in shaa Allah..



29 November 2012
alumniUiTM
civil engineering diploma

Alhamdulillah :)

berusaha untuk segulung ijazah. amin!










19.11.12

Umi, Boleh Tak Saya Nak Kahwin?

Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Bolehkah umi?

Umi, saya nak kahwin. Umi janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Bolehkah umi?

Umi, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah umi, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:

SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

Umi, saya nak kahwin. Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Umi, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Umi, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.

Umi, saya nak kahwin. Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.

Umi , saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya umi bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.

Umi, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Umi,  tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh umi dan abah juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak umi dan abah ini, amin.




                                             Umi, Boleh Tak Anakmu Ini Nak Kahwin?




9.11.12

MIDNIGHT


untuk mencapai itu mudah
menjaga itu payah
atmosfera dah mula berubah
aku bertanya
mana perlu cari
mithali seperti yang dua
yang merangkai hati
saat perlu dan suka

beri definisi ini
waktu kau beri rantai nya rasa
palang halimunan
rapatkan kita 
dan menjauh kembali
ribu batu
aku tercari cari
salah mungkin

harap kau boleh baca perasaan ini
walau tak sepenuhnya
cubalah bacanya

berlari tinggalkan semua ini seketika
lenyap tak endah pada segalanaya
jadi buta jadi tepu jadi pekak
hanya harapan

jadikan aku gembira
jadikan aku tenang bahagia
jadikan aku kuat
ya aku lemah tanpa kamu
kuatkan aku
jagai aku

kerana aku percaya
aku percaya

-midnight 12.10 am-
-good nite-



22.10.12

FAMILY TO BE


assalamualaikum

UiTM Perlis sunyi. sebab budak diploma balik habih. yeehhaaa! hoho (muka jahaat). lets proceed. as i continue my study, me as well, make new friends. some of them are crazy. some of them are very hyper. aku pun kalah. these new environment harap2 berkekalan. i just hate the way some friendship turns into selfish game when the time flies. been there before :)

well, my hunny is having a class right now. and last last last weekend, oh huh yeah exactly hehe we went to Melaka. aku lupa apa nama tempat tu. lebih tepat lae, kampung atok n nenek nya. betul betul tepi laut rumah tu. no words would describe how amazing the place was. i also went to jeti tanjung bidara. segala tension mak datok ilang lepas kena angin laut. hehe :)




i love u Qaiyum. i love my family and i love knowing my future family. insyaAllah.






3.10.12

RANDOM


 hehe <3 p="p">


18.9.12

MACAM MANA NAK APPLY GURU SANDARAN? lai lai :)


assalamualaikum!

hehe kelas math memang mencabar. kerana lecturer itu mencabar. huhu lecturer? ye. kerje lebih kurang macam cikgu tapi for sure, being a teacher is moooreeee difficult. hehe dari segi kesabaran n kerja, cikgu lebih banyak dugaan rasenye. 

sebut pasal job cikgu, ramai jugak yang tanya macam mana aku boleh jadi guru sandaran masa tunggu result degree hari tu. meh nak kongsi mana tau rezeki korang kan?

me and my first students during sambutan Merdeka 2012. miss them much

cara-caranya:

first, u need to take the form kat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) korang. paih tu, isi dan bagi segala yang dia nak especially your photostat ic, birth certificate, sijil sijil kat university, result MUET, and so on. if ada pengalaman as a leader lagi bagus. such as MPP, yang tu memang dia akn utamakan. make sure ada pengesahan. aku tak buat pengesahan sebab aku samseng. haha.

second step. hantaq borang serta copy sijil semua semua tuh, then jangan lupa, ambil nombor fon pegawai yang uruskan pengambilan tu. korang kena tunjukkan minat untuk dapatkan kerja tu. always follow up dengan dia. dari situ akan nampak korang betul2 berminat. tapi jangan la pakse pakse. nnt dicop desperate pulak. hehe

subjek penting yang selalu ada kekosongan adalah English, Math, dan Science. bila dapat job, korang akan dipanggil untuk temuduga. be selambe n be yourself. confident itu penting. pandai pandai la predict penginterview tu okeh. hehe. menteri pelajaran kena tahu k. jangan jadi macam aku, lupa sapa menteri pelajaran! haha nasib baik la dapat jugak job tu.

gaji memang masyuk la even korang keje beberapa jam saje. hehe if lepasan Diploma, primary school je. if degree, sekolah menengah la korang kene ajar. yang penting jangan malu bertanya, n kena sabar banyak sebab murid murid ni macam macam perangai. 

anggap sebagai satu pengalaman sebab memang best if korang suke dengan kerjaya sebagai pendidik.

ok good luck! hehe

“The women I know with strong personalities, the ones who might have become generals or the heads of companies if they were men, become teachers. Teaching is a calling, too. And I've always thought that teachers in their way are holy--angles leading their flocks out of the darkness.” 



yang benar,
CIKGU AINI



16.9.12

CANTEK KEE haha ^^


assalamualaikum

it was awesome to be home actually! hehe home sweet home. few people are just lucky to have everything. but in reality, do you think someone ACTUALLY have everything? nope. nobody is perfect.

ada yang cantik tapi tak beradap
ada yang sgt pandai but unfortunately, tak berharta
ada yang putih, tapi nak kulit tanned
ada yang hitam manis, tapi nak putih
ada yang kaya, tapi tak nak bersyukur
and of course, miskin dan mahu jadi berharta

people nowadays are perfect. Allah dah bagi kita sempurna sebagai manusia. tapi a human is still a human. nak lagi bagus. silicon is becoming a trend. huh serius tak lawa bagai haha. 
fake is also becoming a trend. fake eyelashes, tanam tanam bagi kekal konon bulu nata natural. huk kesian ko mata. di cocok cocok. fake segala bagai. fake friends pun ramai. hahah. dush dush bajet tomoi. 

               

make up sekati pun urmm arr.. bolela fake kan. hehe ni sebab aku tak pandai make up. renyah. takat bubuh ikut dan tu boleh la gagah. haha sebab tu geng aku lelaki. haha depa tak mekap so aku pun tak payah la mekap sesangat la konon nak celen la kan. ihikkk.

ala kite bukan LAWA pun nak dibandingkan dengan awak huhu* (ayat pasrah) SAYA CUMA CANTEK JE. haha. muntah ijau

6.9.12

EDITED

assalamualaikum

i am a witch. hulahup! haha. sori xde keje.


^_^


2.9.12

MENYELAM uhu =_='


assalamualaikum

alhamdulillah. ye aku tahu ARAU payah nak lepas kan aku. haha. perasan


oh my marine. baru n aku perlu clue. insya Allah. semua akan ok. amin ya Rabb :')




28.8.12

BLAH BLAH~


assalamualaikum

when someone annoys you, ignore them. it is the best way to let them know that you are not interested in whatever they think about you. they have been too busy focusing on you rather than to improve themselves. 

be you people. be you. hahah. awesome way of thinking right? i guess i have my own limit. but once, when i spent my time thinking bout it, i realized that i have my own life. biarkan dia. as long as tak kacau those people around me. annoying people will always gonna do the same thing untuk buat kita tak senang duduk. either mereka ini sedar atau tidak bahawa mereka sedang meng'annoy'kan orang lain. 


life is about you and everything around you. if tak boleh, just ignore subjek alam itu :) 
sekian. oh awesome kan bila bahagia? huhu. tata 


26.8.12

OPEN HOUSE. amazing foods. HEHE

assalamualaikum

macam tahun tahun sebelumnya, kitorang akan adakan rumah terbuka untuk sedara jauh dekat dan jugak kawan kawan. letih tapi berbaloi dan happening.

dari pukul 8.30 pagi lauk pauk dan makanan dah disediakan. laksa, nasik tomato, tapai, dan all the time favorites, char kuey tiaw penang! haha. samapi kena beratur panjang la kan.


tak macam tahun lepas, my defiant brothers tak semua dapat datang sebab masing masing dah bertebaran cuti cuti malaysia. hehe maklumlah cuti raya. but i do invited them. 

tapi umam datang. malu malu konon nak ambil banyak banyak. haha last2 paling sikit pun 3 pinggan char kuey tiaw di hentamnye. terrrbaekk. thanks for coming umam. hilmi, caon, ijat, fuad, fifi, ijat abang, fadz, qawiem, tahun depan make sure korang ada yep. 

macam tu jugak triple v. mimi. hanis, intan, shak, lisa fathin n iza. hehe kawan kawan MRSM KP yang datang hiel, salwa n zaty. korang memang terbaek. hehe hiel kecik bawak frontier besau! 

tak lupa, geng tesco. yeuhuu kakak kakak yang susah payah mai lepas kerja. haha untung la ada lagi char kuey tiaw. hehe


orang jauh ni datang tiba tiba. hehe kali ni naik kereta. bukan moto lagi. family jauh pun sudi datang sampai penang. terharu sangat sangat! thanks mr.Q. love u damn much!


sempat lagi tu hah. merah menyala oh jantungku. haha


kak long, mak usu, aini


kawan kawan abang chik


staff P44 autoworks


insyaAllah tahun depan ada lagi. lai lai. mali mali. hehe. open house kali ni terbaik. semua adik beradik ada. jauh dan dekat. aku frust my bestfriend tak sampai lagi open house nih. intan aku harap hang balik cepat. buah hati kat sana takkan melepas punye lah. haha (tiba tiba kan).

"ni baru open house ramai orang macam ni. nanti kenduri tak tau la macam mane" - Mr.Q

maaf zahir batin :')



24.8.12

REUNION GEORGIAN : Dulu Kami Belemoih. HAHA


assalamualaikum

dulu aku duduk hostel. form one till form three kat St George's Girls' School. sekolah perempuan je. sebab tu time sekolah aku malas nak berjiwang karat nak bercinta monyet ke king kong ke. haha. bila masuk mrsm pun belemoih lagi. tak dak pun orang bekenan. haha padan muke. tapi takpe, asal aku hepi. 

reunion di Seoul Garden, Gurney kelmarin bersamaan 23 Ogos 2012 bulan Syawal yang mulia ni dapatlah kitorang jumpa after about 5 years aku tak tengok muka sorang sorang kawan kawan segila aku nih.

hehe semua segak baq hang. terasa kerdil seketika. haha ada jadi nurse, cikgu (including daku), businesswoman, study oversea, undersea, above the sea pun termasuk. hoho. terasa tua beno. uhuk


zaman dulu dulu kita duk main tarian masked rider pun dah vanised. orang pun tak panggil aku action ka men lagi dah. homaiiii. rindu giler. ape lagi? man pijak pijak kaki, main binatang binatang. 

buat bising dalam surau, tak pegi roll call, fly kluar pegi komtar haha tapi fly ni tak pernah sebab aku prefect. aahhh skema la konon! haha


and masa spot check kitoarang akan sembunyi megi siap siap. macam tak pecaye megi tak boleh bawak kan? huhu sad. time nak tido kita bising bising sampai cikgu tengku or mama mala naik atas. 

dan paling ohsem adalah bila kena denda berdiri tengah padang sampai pukul 3 pagi sebab bising tak mau tido haha. subahanallah dasyatnya kita dulu. 

kita hanya baik time kita khatam Quran ramai ramai atas pentas dulu. pakai tudung merah semuanya.haha itu pun ada yang belunjur kaki kat belakang sebab tak tahan kebas. haha. then masuk puisidra buat havoc bila dapat johan. haha terrbaekkk!

tapi sebalik semua tu, kita dah berjaya sekarang. alhamdulillah..


know what? i miss those old days. i miss playing and getting crazy with you all. belajar di sekolah memang penat. tapi ada korang aku hepi. 

sedih jugak sebab tak semua orang dapat join. intan, syiro, nyet, fishah, unie, qibah. wish korang pun ada sekali. huhu. damn i miss all of you. 


AUT VIAM INVANIAM AUT FACIAM
once a georgian, always a georgian :')

kita mungkin dah berpecah ke haluan masing masing. tapi dalam hati, hanya kita tahu rasa tu (Nurul Aini, 24 Ogos 2012)

21.8.12

RAYA 2012 is AWESOME


assalamualaikum

tahun ni aku raya awal sehari. haha tak la. aku raya sama la dgn hangpa. aku tau aku cepat. heheh. dekat nak raya tu la nak demam la sakit la apa bala la nak mai. jenuh p klinik. tapi takpa aku berjuang untuk raya. haha akhirnya boleh raya dengan gumbira walaupun demam tak kebah sepenuhnya lagi. even bunga api pun tak sentuh lagi tahun ni. busy keje dan demam punya pasal.

mr. q balik rumah mak mentua aku tahun ni. so jauh la kami dua. huhu. takpe jauh tapi still close. melaka bila la nak sampai sana. insyaAllah one day.

pagi pagi raya lepas salam salam dengan semua, we had photoshoot raya. haha then tengah tengah photoshoot tu anak2 murid kol nak wish selamat hari raye. terbaek mehh. 

then jenjalan raye g umah adik beradik keliling kampung. bukan selalu melawat lawat cmni. time ni la nak tahu perkembangan adik beradik semua. baru perasan yang raya tahun ni belum jumpe lemang lagi. huhu.



me n kak long. btw jmput mai open house yep :)

beraya di kampung memang best sebab satu rombongan besar family akan pergi beraya rumah keliling kampung termasuk lah mak ayah n anak menantu semua. hehe umur 21 masih dpt duit raya kan? hehe. 

n masa nk lah ayah n mak kena jawab soalan melibat kan nasik minyak. aku pun naik segan dah memandangkan soalan soalan macam tu kena tepat pada batang hidung sendiri. uhuk



salam lebaran kepada semua umat Islam seluruh dunia. yang tua, muda, jauh atau dekat. maaf zahir batin ( Nurul Aini, 21 Ogos 2012 )


17.8.12

SAYA GURU KELAIH


assalamualaikum 

hehe second last day kita puasa. huhu rasa macam sangatlah sekejap. macam macam nikmat dapat dalam bulan ni. tapi ada jugak yang masih belum dapat. berazam nak buat banyak2 lagi kebaikan tahun depan. tapi tahun ni, aku sgt bertuah rasanya. 

bukan semua orang dapat sebarkan ilmu untuk orang lain. n bukan semua orang dapat pengalaman yang tak disangka sangka untuk jadi cikgu. baki lagi 3 hari lepas raya ni nak settle semua benda kat sekolah. hehe hopefully budak budak nih dapat belajar dgn lebih baik lagi.


duit kotak. untuk subjek matematik. besar bangetttt!


3 M. aku guru kelas. hehe budak budak ni hyper betui. tapi depa sayang aku. hehe 

"cikgu tak payah la sambung belajaq nanti, cikgu ajar la kami. nnt bila kami dah keluar dari sekolah ni, cikgu p la sambung" ayooo :'(

                               
pernah sekali ada pelajar kelas ni aidil muntah muntah. mungkin perut masuk angin sebab puasa. ini pengalaman. telefon mak nye then ke pejabat dan bawak balik. kalau dulu kecik kecik aku tak faham apa sebenarnya kerja seorang guru ni, sekarang aku dah ada clear experience hehe

cikgu cikgu kat sini pun baik2. banyak beri tunjuk ajar dan ilmu. depa banyak bagi cadangan, nasihat n macam macam. tak kedekut ilmu. yang paling best time pagi pagi ada jualan langsung dari cikgu cikgu. haha. terbaek. bilik guru tak pernah sunyi dari telatah cikgu cikgu :')


penat tu memang sangat penat. tapi ambik ini sebagai pengalaman dan ilmu. rupanya bukan mudah jadi cikgu ni. kalau tak sabar, lama dah budak budak ni kena dengan aku. haha. k la. salam Ramadhan. salam Aidilfitri. maaf zahir batin. halal makan minum dan semuanya :)



16.8.12

assalamualaikum

hari ni cikgu demam. tekak sakit n batuk2. jdi, kamu buat latihan yang cikgu bagi ye

haila dah dkat 3 minggu tak baik baik lagi. aku menderita hukhuk




3.8.12

CIKGU AINI

assalamualaikum

hari ke2 menjadi guru di sekolah rendah
aku mulai hampir lali dengan panggilan Cikgu Aini

"cikgu, nama apa?"
"cikgu, buku muzamil koyak!"
"cikgu, ada orang tidoq"
"cikgu, kawin x lagi?"

ok memang pening dgn peel budak2 darjah 3
 tapi ada kepuasan di situ. 
hehe looking foward to be a better teacher :)


31.7.12


26.7.12

BUDAK SEKOLAH + HANDPHONE

assalamualaikum

equation ataih ni rasanya macam samadengan NO. hohoh. mak bapak maybe ingat anak anak p sekolah bawak handset untuk keselamatan mahupun kerja sekolah n whatsoever. tapi pengalaman aku la kan, budak sekolah plus handphone will never gonna avoid from creating troubles. 

kalau masa spm dulu pun ustaz aku bagi bawak handset di asrama. untuk belajaq la dia kata. dalam duk nak spm pun ada lagi yang buleh p duk gatai mesej marka. gayut dgn marka hahah. tak makan saman betui. tambah tambah la budak budak sekolah la ni nak pakai handphone. hmpphh terrrkanan. 

keselamatan kah? no no. aku selamat ja even lepas balik sekolah kalu mak aku lambat sikit, aku kena p kat public phone depan sekolah telefon mak aku. kalau takut pun, aku pinjam ja fon sekolah. ape fungsi cikgu cikgu? takkan sekadar mengajar anak murid je meh. 

budak bawah 10 tahun sekarang bawak iPad, tab main sambil jalan jalan kat mall. wah. advance. tapi aku lagi besyukur dulu zaman aku tak dak benda ni semua. so far, i'm fine je. aku ramai kawan. for sure, tak forever alone. haha

oh mai. aku tak boleh pikir benda lain cuma gejala sosial yang berleluasa berlipat kali ganda. haishh



oh yeah. i feel like i am going to say NO to budak sekolah with handphone to school. haha
thank you :D

25.7.12

PETALA TUJUH

assalamualaikum
hehe tobat tak mau makan eskrem dah lepaih bukak posa dgn nasik. sebu perut macam kora kora ada kat dalam buat rumah. tak pa yang penting tak kacaw hidup orang kan. 

hohoh di sini saya ingin memintak maap kat abang polis yang tahan moto aku tadi. huhu bawak orang tak pakai elmet lagi. padan muka. naseb baik abang polis lepaih. kalu tak melayang lesen P. huhu. cannot imagine already mehh. 

aku suka peluk peluk beruang aku sebab dia gebu. tapi walaupun begitu aku masih berasa nak peluk peluk dia sepanjang hari. kaler pink dia tu membuatkan ku berasa pening lalat dan mudah tidooor lena. hehe. bila bangun pagi kalau tak dak beruang, rasa tak complete. puih. tapi ya, ini realiti. uhuhu. nemo yang penyek dah diberi kat aina. amik masa 10 tahun la jugak nak penyek penyek nemo tuh. sampai muka sendiri pun macam nemo dah. yep. nasib baik tak boleh makan ikan nemo. kalu tak, ade gak yang makan aku nanti.

kerja macam biasa cuma kadang kadang bila mai mood hyper tu mulalah nak joget. tapi kena tengok orang ada tak. nanti customer lari. paling faveret adalah lelagu industan zaman zaman muda mak dolu dolu. huahhhh terrbaek. lain dari itu, aku kacaw orang je. kak kiah memang suka aku kacaw dia. tahu itu. customer macam biasa, ada yang ok dan ada jugak yang tak toghah. hohoh. 

aku mandi hujan bulan posa nih malam ni. balik kerja redah lah hujan. huhu tak pe hujan jugak. cuba kalau panaih panaih tak hujan langsung tambah tambah bulan puasa. kalau kat sekolah dulu boleh la sejukkan diri guna distilled water kat lab time kelas sains. basuh tangan n muka bnyak banyak je taw. tak minum distilled water tuh. haa tak caye tengok muka gua yang suci nih. hmphhhh.

terima kasih baca aku merepek tahap petala tujuh. akhir kata, sedangkan arnab kalah dengan sang kora, kenapa Malaysia tak boleh menang dengan Arsenal. huh. takpe, beza sikit je. maju rimau maju.

sekian.

boleh kan aku letak pic dia ni. kenal tak? yea. me so sweet. hueh hueh hueh




24.7.12

OM NOM NOM NOM saye



you know how much i miss you <3

21.7.12

MENGIMPROVE ATTITUDE BERSAMA RAMADHAN



assalamualaikum to all muslims (maaf titile rojak haha. cool what!)
konichiwa. hehe namaste. how are you? Ramadhan Al Mubarak.

bulan puasa datang lagi. mahu berubah. mahu lebih baik. mahu jadi much much better. insyaAllah. menjaga percakapan. menahan amarah. tahan nafsu. mahu tolong mak masak untuk sahur sebab ni first time puasa sebulan di rumah after 8 years belajar jauh jauh since form one. hehe mahu improve. insyaAllah perlahan lahan. kalau tak boleh yang terbaik pun, kita cuba. insyaAllah. amin~

kita cuba perlahan lahan. chaiyok!

aku rindu kat ashraf. harap harap ashraf sihat. moga ada yang ambik n bela dia baik baik supaya dia dapat buka puasa dengan hepi tanpa aku di sisi nya. uhu~