Thanks ! anda yang ke :

I CARE

28.7.13

PAST AND FUTURE TALK


Assalamualaikum

this week berbuka puasa dengan family jauh. jauh di KL. hehe tapi dah jadi dekat sebab i am doing my intersession in UiTM Shah Alam. Alhamdulillah sangat sangat sebab ada keluarga kat sini yang baik hati. in fact, ini la my future family, inshaAllah, iaitu family Qaiyum. 

dah lama tak menaip kat sini sebab busy sangat. ni nak meraban pulak. haha. actually my ex cuma ada dua orang. itu pun tak serius tera mana sangat la becintun. sayang tu sayang la cuma maybe perasaan tu tak serius. haha. budak lagi kan. rasanya aku pun macam kawan kawan je dengan depa sebab Qaiyum sendiri cakap mula mula kitorang couple, aku tak layan dia as someone special pun. haha padahal aku rasa macam dh special sesangat dah. aloo, nmpak sangat aku tak reti. sampai merajuk la dia. haha. lawak bila ingat ingat balik.

tapi sungguh tak teringat dah kat depa. sungguh. sekarang dah bahagia sangat dah. so kitorang decide untuk stay together, jaga relationship ni and bila dah sampai masa, kawin. amin. actually i am the one antara kami berdua yang rasanya susah sikit kut nk express feelings towards him. haha kayu. kayu jati asalnya, mana boleh lentur jadi penyapu lidi senang senang je kan. tapi nasib baik la pakwe aku ni jenis terbalik. so balance la. 

people always cakap yang aku banyak cakap. aku banyak cakap cuma dengan orang orang yang aku kenal je. tapi si Qaiyum ni dia bantai je bersembang. sebab tu bila kenal dia, aku cepat rapat dengan dia. dia banyak cakap, jadi bila dia yang start coversation between us, i became comfortable. bila dh kenal, masing masing banyak cakap, ape lagi, memang buku bertemu ruas la. anak anak nanti bakal jadi hos rancangan televisyen kot. tak pun lawyer. tak pun penceramah bebas atau P.M. hoho tinggi cita cita.

sampai sekarang aku still tertanya jugak la. apa kebaikan yang aku dah buat sampai Tuhan anugerahkan aku someone yang punya la baik di mata aku. yang tak perfect tapi melengkapi hidup aku almost dari setiap sudut. benda ni aku  tak cakap kat dia. sebab aku memang tak reti cakap jiwang jiwang ni. ayat jiwang banyak aku ulang balik apa yang dia cakap kat aku ja. sampai dia kata aku tiru ayat dia. haha. bersyukur. serius bersyukur. bersyukur sebab tak jumpa dengan dia awal awal atau lambat sangat. timing perfect masa kitorang jumpa. macam mana aku accident, then terpaksa join MPP, then terjumpa dia, at the same time tengah single after few years. aiyooo aturan perfect. 

almost 2 years and a half already. tapi everything macam baru lagi rasanya. awak still Qaiyum yang saya kenal dulu. sweet and protective. sekejap je rasa kan? happy sangat this week incase kalau awak bace entry blog ni Qaiyum. hati tengah berbunga raya orked. tambah sikit la bunga ros bagi wangi sikit. hehe. 

kalau saya marah, tenangkan saya perlahan lahan
kalau saya lupa, ingatkan saya dengan sabar
kalau saya terpaksa jauh, ingat saya takkan sesekali lepaskan awak
dan kalau saya lupa untuk cakap, sentiasa ingat bahawa saya sentiasa sayangkan awak



so much to say, but this is where we are. to the level yang even both of us cannot imagine during our first sight of each other. getting older with you is one of the best thing i ever dream of.


2.7.13

Ciri Ciri Orang Kepala Batu


Assalamualaikum

ni bukan level keras kepala lagi dah. ni level kepala lesung batu. orang orang yang kepala batu ni kadang kadang bagus jugak untuk kepentingan diri dia sendiri. tapi masalahnya lebih banyak menyusahkan bagi yang mempunyai kombinasi terlebih confident, suka mencapap (mempopularkan diri sendiri) dan rasa diri sentiasa betul plus, tak boleh nak terima opinion orang lain.


1. tak boleh terima teguran

" Eh kau tak boleh buat mcm ni, nanti haru biru jadinya majlis"
"Takpe, takpe, boleh punye. aku tau la aku dah pernah handle event"

dia jawab dengan penuh confident walaupun baru handle dua event. padahal yang mengur tu dah bepuluh kali involve in organization of any event. confirm confirm la yang lagi banyak makan garam tu betul. takkkkk, nak jugak buat sampai last last bila serabut, dia salahkan orang. menunding jari. tunggu aku kerat jari kau.


2. menyalahkan orang lain

"Weh lepas ni aturcara tukar. aku nak kau buat macam ni"
"Eh kenapa kau tak bagi tahu masa rehearsal tadi? kan kita dah setuju nak buat sama sama ikut yang dah decide tadi?"
"Tu lah kau tak take note"

pffftttt. take note kepala hotak kau. bila masa kau cakap la cela**. take note dlm kelas je. tengok muke kau pun aku dah tak kebulur nak pegang note book ape lagi nak take note ape yang kau cakap.




3. tak hormat orang

"Manap, apa kata kalau kita letak backdrop ni kat..."
"Oi Manap, jum makan ikan bakaq lepas event kat Kuala Pilah. sedap"
"Eh tak reti respect orang ke tengah buat kerja? Potong cakap orang suka suka hati"

suka memotong percakapan orang tanpa sebab. bak kata classmate aku, bila kita potong percakapan orang, orang tak akan respect kat kita. maybe dia suka potong percakapan orang because dia nak grab attention sebab tak cukup kasih sayang kut. tah tak tau la aku. yang pasti aku menyampah


4. tidak hormat pada yang lebih tua

bila bercanggah pendapat tentang politik terutamanya, tak perlu kut nak defend and so on. biarlah dia dengan opinion dia. kalau ye pun nak membantah, tak perlulah emo sangat menunjukkan yang kau sangat obeses tahap nak meninggal terhadap parti yang kau sokong tuh. mane pergi hilang adab kau sebagai orang lebih muda? ghaib dengan kekalahan parti ke derr?


4. diri sendiri saja betul

satu organisasi dah complain. takkkk, dia je yang betul sampai bergaduh gaduh. hish tak kuasa aku nak kerja dengan kau lagi. i will indeed leave the organization rather than working with you.

lepas tu tak lama kemudia mula meminta maaf dari semua orang mnyatakan jika ada salah dan silap maafkan lah. maaf tu bole bro, tapi jangan expect more la. jumpa pun kalau boleh better tak kut. see yourself before pointing your finger to me la. empat lagi jari tu tunjuk kat kau jugak kan?


sekian entry yang emo dari saya hari ini. oh emo juga tak bagus untuk leadership, sebab tu saya tak layak jadi ketua. hehe tq for reading!