Thanks ! anda yang ke :

I CARE

26.4.12

ASHRAF


assalamualaikum

ashraf berlari lari. dia kelaparan. ashraf menjerit jerit. nak nasi. mahu lauk ikan. ashraf ikut aku. aku sibuk ashraf. lagi pun bukan masa makan tengah hari lagi. aku masuk ke dalam rumah. ashraf mengikut. manja. ashraf peluk kaki aku. 

ashraf, jangan ganggu aku! aku perlu keluar berjumpa buah hati ku. kalau kau cemburu pun, aku masih mahu jumpa buah hati ku. dia dalam perjalanan ke KL dan aku rindu kan dia. ashraf terdiam. dia duduk di tepi pintu rumah. kau memang comel ashraf, tapi tak secomel buah hati aku. 

nanti aku balik akan aku masakkan nasi untuk kau. kita makan kuah laksa sama sama ya. ashraf angguk. wajahnya sungul. ashraf menuju ke motor ku. barangkali mahu menghalang perjalanan. ah ashraf ke tepi kau. aku hidupkan motor ku dan ashraf terkejut. mungkin tak sangka aku nekad begini.

terima kasih ashraf. akan ku kenang jasamu. ashraf menjerit dari jauh. miauuuu



note : ashraf itu anak kucing. terima kaseh.





25.4.12

PUISI GILA


aku mahu tumbuk tumbuk muka dia, tapi muka dia comey sangat,
aku mahu cubit cubit pipi dia, tapi pipi dia kurus sangat,
aku mahu pulas pulas telinga dia, tapi aku tak sampai hati,
aku mahu tarik tarik hidung dia, tapi takut jadi merah sangat,
aku mahu picit picit perut dia, tapi kempis sangat
aku mahu pijak pijak kaki dia, tapi aku takut dia sakit,
apa aku perlu buat?

aku kata kenapa, dia cakap tak ada apa apa,
aku kata ok, dia cakap tak ok,
aku kata tak ok, dia cakap ok,
aku kata merajuk kah, dia cakap tak dia ok saja,
aku kata apa salah aku, dia diam,
apa perlu aku tanya lagi?

aku rasa ada sesuatu menghempap aku,
aku kata itu tekanan, ya betul itu tekanan,
biar aku lawan tekanan ni,
ah ni benda kecik, jadi esok mula yang baru,
aku sayang dia gila, dia pun sayang aku,
setel.





24.4.12

AGUMON


assalamualaikum

dah nak masuk sebulan aku tak berada dia Perlis. haha. uhu rindu sebenarnya bila kawan kawan baik dan buah hati masih di sana. wuwu~ but at least i've met him last week. hehe sempat dating 15 minit sebab an hour before that bawak dia datang rumah, rumah jumpa parents dulu :)

how can dating 15 minit je? n dating main pukul pukul drum kat game centre kat sunway carnival tuh je. haha. at least boleh jumpa pun ok la. aku sangat beruntung sebab dia sanggup datang jumpa even perlu atas moto lama lama. huhu.



ambil pic saye gune fon saye buat ape tah? huhu
oyeah. game ni gua paling terer. tapi selalu fail! haha


n aku jugak ke hentian rehat bagan isnin hari tu. hahah dan aku terlalu malu. malu sebab jatuh depan food court. haha bedebap! teduduk HAHHA. ni berkat angin laut waktu malam la nih. padan muka kau aini. kontrol ayu sangat kan. haha. balik rumah kena perli dengan budak kecik gigi tak dak tu lah. eee! -_-'









19.4.12

BILA PERLU BUAT PILIHAN, KAU TAK BOLEH LARI DARI KETEGASAN.


assalamualaikum

sesuatu perhubungan adalah perkara berat yang bukan main main lagi. tambah bila kau hampir kepada satu fasa di mana semua saudara mara dah mula bertanya pada mak kau, cik bedah bila nak dapat menantu?




'aku dah jumpa budak yang kat stesen bas dulu tu'

'haha baguslah. lepas tu?'

'dia pun cakap dia suka aku. phewphew. bunga bunga bunga'

'ape tunggu lagi? ambil la cepat'

'tu masalahnya. dia dah berpunya'

'kalau macam tu kau jangan main api'

'tapi sama sama suka. dan dia pun ada masalah dengan teman lelaki dia'

'yang mana dia pilih? kau atau lelaki tu? fikir masa depan. jangan ikut hati'

'ntah'

'kalau betul dia sayang kau, dia akan tetapkan hati. dia pilih kau, takkan teragak agak lagi dah. kalau macam ni, satu hari nanti ditakdirkan kau berdua gaduh, tak mustahil dia akan cari lelaki lain sama macam dia buat pada teman lelaki dia sekarang'

'aku pun tak tahu. masalahnya dia dah berpunya. kalau tak memang kapel dah.'

'hal macam ni kau kena fikir sendiri dalam dalam. kita dah besar dah boleh kawin. takkan kau nak bercinta dengan perempuan yang kau tak mahu buat bini kan? haa jadi fikir baik baik. aku sokong apa pun tindakan kau.'

'betul tu tapi.. aaaaa. AAAAaaa. aku dah pening'


kalau hati kita bulat, maka kita nekad. tak perlu ragu ragu lagi sebab arah tujuan itu sudah di depan bola mata (Nurul Aini, 20 April 2012)


18.4.12

A PART OF ME




ada seorang budak perempuan n seorang budak laki


'ei, kau ni pelik'

'aku pelik? maaf la'

'ok tak pe, tak kesah pun'

'tak pe? ha nanti boleh buat lagi. bye bye'



dia pernah terluka. pernah juga kecewa. dan kemudian dia tak lagi mengungkit perkara lama. yang pernah luka dibiar tenggelam. hapus tak timbul timbul. dia sudah mampu tersenyum. biarpun pada satu sisi hidup, kekosongan penantian terasa. menanti dalam hidupnya. walaupun masih tiada bayangan seorang pun dalam benaknya.


'cita cita aku nak kawin dengan kau'

'merepek. orang tu tanya impian masa depan kau. kena menabung then kau nak beli rumah ke kereta ke. tu yang dia tanya'

'hehe'

'cakap bukan bukan'



dan yang bukan bukan itu menjadi benar akhirnya. dan yang kata kata itu bercambah perasaan. perasaan yang mendamaikan. adrenalin yang mengalir kegembiraan. akhirnya menjadi sayang. waktu itu dia ketawa sendiri. tak menyangka begini kesudahannya. seorang yang hadir dalam hidup pada waktu yang terlampau singkat mampu memberi kebahagiaan yang tak pernah dirasainya. sampai hari ini.





hari pertama kenal, hari ke empat kawan, hari ke lapan cinta.
n till today, 1 year, 1 month, 1 week, 1 day had passed.
together we stand, susah senang bersama.
direct aku cakap ni, aku sayang kau Abdul Qaiyum :)

15.4.12

BILA KARAOKE BERKUMPULAN


assalamualaikum

hehe i am here. again. sehat n better. haha. ok kali ni nak cerita tentang karaoke berkumpulan. aku layan gak karaoke time tensyen tensyen, tapi takde la suka sangat. sometimes tu just nak gather ramai ramai je dengan kawan kawan n have fun. however, there are certain people who really CHENTA pada aktiviti ini! haha ayat skema. betullah kan. eventhough you are so in to this, bila karaoke secara berkumpulan, still kena respect kan? hehe here are the ideas..



1. HOMAIGOTT suara aku sedap gila pada pendengaranku

selalunya, orang yang suara sedap betul, xde pulak perasan sampai cmni. haha yang biasa2 je macam nih. ok la kalau caranya betul. tapi, tengah orang lain nyanyi, kene perli. sendiri nyanyi? hampehhh.



2. LAGU KAU LAGU AKU. LAGU AKU LAGU AKU LAH

orang nyanyi, dia menyampuk. every song menyampuk. last2 jadi lagu dia yang nyanyi sampai habis. huhu hilang terus mood orang lain. tengah sedap2 kawan tu nyanyi, jadi xsedap langsung dah sebab ko menjahanamkan lagu tu. telampau seronok sampai tak consider orang lain nak enjoy jugak. jangan lepas2 nyanyi tengok2 kawan kawan sume da kuar, tensyen dengan korang



3. KITA KONGSI SAMA RATA BAYARAN K. TAK KISAH LA. CINCAI MAAA~

padahal orang lain xsempat nak pegang mike pun. even if dapat pun, takde makne sbb da jadik lagu die. sekali dua ok lah. kosider kawan kawan. tapi kalau dah tiap tiap kali? bengkek lar kan..huhu kuar duit bagi ko nyanyi je bek tak yah. buat makan lagi baguih.



4. PILIH BERDERET LAGU

ok mcm ni. lepas dua tiga lagu KEGEMARAN kau seorang, orang lain nak nyanyi gak!! haha. ni amat menensyenkan!! tambah tambah bila satu lagu yang dipilih tu duration die lame. agaga. dari sngat seronok melayan bla bla bla, jadi menyampah dah plus, suara sedap GILE macam artis. haha :)



conclusionnye, kalau nak karaoke berkumpulan, consider kawan kawan lain. if tak, sila karaoke seorang diri. hati puas, orang lain pun xde hal. kan? hehe :) till next time!

14.4.12

malas nak fikir tajuk

assalamualaikum

tarik nafas hembus
tarik nafas hembuss
tarik nafass hembuihhhhhh kroihh kroihhhh

pernah rasa sakit hati tak? rasa nak pegi satu tempat n lupakan semua masalah kat sini. nak lupa semua keletihan n tanggungjawab. nak singkir semua rasa sedih n kecil hati. mungkin satu hari nanti. tak semua yang kita rasa tu dirasai oleh orang lain. n tak semestinya aku akan gembira sentiasa even aku ok. i am sad. yes. but it's ok la kot. as long as aku kuat. kadang2 orang lain tak sedar apa yang diorang buat, so maybe some forgiveness would already heal the wound

jangan cakap kau kawan aku kalau kau takde masa aku perlukan kau. jangan cakap kau perlukan aku kalau kau buat aku menangis n buat tak tahu pasal tu. jangan carik aku masa kau susah bila waktu senang kau kutuk aku di belakang. kawan. teman. sahabat. mungkin aku hampir jadi bodah mencari makna itu semua. penat.

perempuan ini tak cantik macam yang lain. tak sebijak yang lain. tapi sekurang kurangnya aku cuba menjadi yang terbaik. cuba jadi teman terbaik, sahabat terbaik, anak terbaik. walau kadang aku rasa aku gagal. it hurts so much. damn i'm crying. maaf

so maybe, maybe it's better with my absence.

p/s: maaf entry ini barangkali sangat emo. hormon progestron n estrogen tak terkawal.

12.4.12

READ MY MIND

assalamualaikum



aku tengah melayan BoboiBoy kat Youtube sorang2.. huhu..

kat luar tengah hujan lebat gile. memang hujan mcm ni best betul tido kan? even nak tido pun tak bole. panas baq hang. semua orang kalut update blog pasal gempa bumi 8.9 skala richter yang berlaku kelmarin huhu harap2 sume selamat. aminn. sebab semua tahu pasal ni, maka aku malas la nak cakap lg hehe.

aku ni jenis yang berterus terang. tapi sometimes tu tak bole. dalam hati terjerit jerit da "please read my mind!" haha. unfortunately, bukan semua antara kita mempunyai kepekaan yang tinggi. even aku pun xpeka. huhu namun begitu, aku ni agak sensitif orangnya. saket woo. saya sedang cuba mengurangkan tahap kesensitifan n menaikkan tahap kefahaman. uhuh. jauh2 ni dugaan bnyk. huhu chaiyok aini!



hikayat aini tidur lebih comel dari ni. sekian. HAKUNAMATATA!

10.4.12

cheritera #3 MENDEFINISI HIDUP



antara zon leka dan sedar
aku melangkah longlai
menghitung masa depan yang samar
aku mahu itu tapi akankah berlaku?

kita menghakimi sampai tidak peka
apa terjadi pada nilai manusia
hingga tekanan itu menjadi pembunuh
menghapus rasionalisme sang manusia

liberalisme itu palat
jika dibawahnya tetap ditindas
dunia oh dunia semakin kejam merencana
yang suci tak berdosa itulah mangsa

kita berusaha berlumba berterabur isinya
namun tak semua sedar itu lah kelemahannya
saling menolak dan tersungkur
tanpa menilai pimpinan tangan yang bersatu

merasa pedihnya sengketa aku mara
melewati isi isi cinta yang setia
pedih ini tak lagi terasa
ini hatiku, sang gula rasa..

tika satu dunia mencemuh resah
melebar perasaan yang menambah parah
selang hari hari ini kau ada sentiasa ada
membuai hati ini menyingkir parah
mak ayah..

kadang kita leka mengejar apa yang orang lain inginkan, tanpa menilai hasrat sebenar dalam hati sehingga kita leka dan alpa pada apa yang ada disekeliling kita. hidup ini bukan tentang yang lain kerana manusia bukan haiwan sosial, manusia milik abadi Dia (Nurul Aini, 10 April 2012)

CHENTA

masa tika bila
akan tercatu satu ikatan
merangkul dua jiwa
mnyemai dalam rasa

i miss u lah :'(

4.4.12

PANTANG ORANG TUA TUA


assalamualaikum! haha

kecik kecik dulu nenek aku selalu banyak betui pantang larang die. uhu. until sekarang, bombastic betul cmne aku boleh percaye. eheh. then bila dah besar panjang, baru boleh pikir rasionally kenapa n mengapa terbitnya pantang larang yang memang agak mengeffect diri aku yang sopan santun dan mirip gadis melayu inih seperti sekarang! *bajet Gadis Melayu =.='

1. jangan meniarap sambil angkat kaki ke belakang. menyabung orang tua tua cakap. kesannye adalah nnt takut omak eden meninggal cepat. haiya mana buleh kan? t sape nk amik bila balik dri skola? haa. cian aku. akan tetapi, sebab sebenar adalah takut kain terselak! buruk rupenye kalau kain terselak. yekkk~~ tak sopan.. ehe haiyalasola!

2. jangan buka payung dalam rumah, takut ular masuk rumah. haaaa ni aku kurang jelas kenapa. tapi fikir2 balik banyak sebab. biaselah budak2 suka tinggal barang sepah2,, jdi bila buka payung nnt xtutp balik, kan semak rumah. n payung pun bahaya kalau budak2 main kan? TERCOCOK bijik mata mmg epic la tangisannye. uhuhhuu


3. jangan duduk atas tangga. sebab? nanti orang tak nak masuk meminang. wakaka~ tapi aku bantai duduk jugak. tambah2 bila nak tunggu next class kat lab masa skola rendah dulu. siap main panjat2 lagi. haha. maybe masa tu xde intention utk brumah tangga kut! haha. ok disebalik tu, rupanya nenek aku xnak kitorang menghalang perjalanan orang yang nak naik tangga. besides, nak elak kitorang adik beradik jato tangga ler. hee


tangga macam ni komfem xde yang nak duduk. motif giler *sakit ati sbb ianya cool but agak uselesss... kan? uhu

4. anak dara tak elok menyanyi kat dapur unless nak dapat laki tua. sampai sekarang aku fikir dua kali kalau nak menyanyi kat dapur. uhu penangan pantang larang. tapi rupenye xnak lalai sampai makan hangus atau takut minyak tertumpah. tapi yang aku herannye, letak radio kat dapur xpe lak. bila ada lagu, automatik memang nak menyanyi la keje. ye suara beta sedap mcm Siti =.='


pergh. diva bhai.

5. kalau sapu sampah, jangan bagi penyapu kena kaki, nanti sampai tua tak kawin!!! ni lagi satu. effect idup wooh. rupenye, tak nak kaki kotor ler. uhuh. memang logik lah kan sbb penyapu untuk benda kotor.. kalau kena kaki t kuman akan menyerang sebab salah satu tempat yang kuman mudah nak masuk adalah kaki. sbb tu kena jaga kebersihan kaki.. malam nak tdo pun kena basuh kaki.

banyak lagi sebenarnye nih. tapi kalau nak tulis semua, sampai esok memang tak habis. bila dah besar baru kita terfikir 'apela yang aku percaya sangat dengan benda pantang larang ni masa kecik kecik dulu?' hmm tapi kalau difikirkan lebih mendalam, banyak kebaikannya berbanding keburukan. hehe. ohaiyo penat menaip dah.


gadis melayu sangat. tangan di dada mata ke atas~

misi menguruskan badan perlu bermula!
mok bam cingke m0o mo0o!! *ni kata2 semangat! aligato0.
ahah bye!

2.4.12

BERANGAN


assalamualaikum


aku sedang menonton berita. yup berita terkini walaupun tak terkini sangat pon sebab intenet lagi cepat. uhuk. ke mami jarum lagi cepat weh. eksyeli, baru dua hari tinggal arau nih. n aku mula dah rindu. sssangatt bnyk untuk dilepaskan. uhu :'(

balik rumah kali ni ayah suruh belaja masak lagi. kate die mudah kalau mak mertua suruh masak nasik kandaq or beriyani penang. aduh dah mcm cerita anak mami an. yep, aku bukan anak mami. aku anak mak ayah. anak mami ada lain punye slang. hehe. memang laju je mak aku gelak2 kat aku.

aku suka berangan. even if tak betul2 jadi pun, ape salah berangan an. wohho. suka! tapi kat dapur tak la takut hangit pulak~

aku berangan nak jadi princess. haha ini dulu la masa kecik2. reason nak jadi princess adalah nak pakai lawa2 n nk crown yang mahal nak mati kat alam realiti. uhuk. ok ni angan2 yang buang masa. sila jangn follow. even nampak dah sikit2 anganan aku ini akan menurun kat aina. last2 crown lapanposen tu patah. yeaaaahh! haha. hmm even sekarang pun kadang2 layan jugak cerita barbie yang direct jd princess every time dia punya ending. ishh best kot!

aku berangan nak kawin. kawin dalam taman. haha. then dressing macam puteri. huaa. ada dress kembang, n ada crown kecik atas kepala.. haha setting rambut bagus punye.. cantik2 n ada prince charming. ok prince charming tu memang dah ada. bukan angan2 dah. hohoii~ hehe. maaf kerana melalut. ini anganan. maybe someday. n aku dah pun satisfied sbb prince charming dah arrived. insyaAllah. amin!

king ada dah. ayah lah! theehee.

n orang pmpuan xelok menyanyi kat dapur. takut kawin dengan orang tua. kalau Datuk takpe. nk kalau datuk kerepot? tak ke haru. haih. papai

1.4.12

DINNER MPP n MASEC :)

assalamualaikum..



kawan2 yang terbaekk~
aku akan rindu korang sangat2 :)


finally my diploma dah tamat n terus berharap agar semuanya berjalan lancar tidak kiralah secara berlari, merangkak, atau mengesot, asalkan tak sangkut. wohho! okieh ni dinner paling unforgetable. kenapa? coz it is ours. yup the whole thing were ours. hasli titik peluh sendiri beb. wacaya sama luuu~



artis sebentar huahua. ni bukan bajet awal propose sha lahh~~ ni peminat ni1 ni hahaha



fara n dayah, sahabat paling inn :)



adik2 n kawan2 yang setia :)

thanks sume untuk malam yang happening n memorable sangat..even tak berape kenyang sebab masing2 tak cukup makan steam boat je~ ahaks. thanks3! i will miss u all. glad to know everyone of you..



i hate saying goodbye. tak nak apart even sekejap. but then its okay.. ni pengorbanan untuk masa depan.. kita mesti kuat n never let each other alone.. for me, a promise is a promise.. see you soon :)