Thanks ! anda yang ke :

I CARE

1.3.15

Back to school. Guru sandaran - Cikgu Aini



Assalamualaikum! 

Alhamdulillah bulan Februari hari tu satu azam 2015 dah tercapai iaitu nak grad degree Bachelor of Science (Hons.) in Marine Technology dengan pointer 3.00 ke atas dah tercapai. Alhamdulillah. Nanti naik pentas konvo dah boleh dapat bintang. hehe. InshaaAllah konvo hujung bulan lima ni. jadi ada banyak masa terluang untuk diisi. Kerja dah banyak yang diapply dan masih menunggu jawapan. master pun nampaknya lambat lagi nak tau result. jadi untuk tak membuang masa, aku apply kembali posisi guru sandaran iaitu pekerjaan lama aku masa tunggu result sambung degree pada 2012.

tup.. tup.. dapat sekolah yang sama macam dulu.. SK Seberang Jaya 2. nak kata happy sangat tu, biasa biasa ja, nervous lagi ada la. haha. banyak cikgu yang dah ditukarkan. tapi, banyak lagi yang stay. tak sangka majoriti cikgu dan student kat sini masih ingat muka serebeh ni. haha. cuma nama saja dah lupa. ada yang panggil adilah la, ain la, dan bila bagitau nama, baru ingat balik. please imagine how i feel! rasa appreciated gilaa ah! hehe rasa nak lompat lompat tapi aku masih ingat bahawa aku ni cikgu walaupun hanya sebagai guru ganti hahah!

bagusnya cikgu cikgu di sini, majoriti tak lokek nak kongsi ilmu. banyak bercerita, bagi nasihat dan pandangan walaupun rata rata 10 tahun lebih tua dari aku yang muda mentah setahun jangung lagi haha. setiap pagi, kalu jumpa di pejabat, tak kisah la yang muda atau yang tua, diorang akan bagi salam. dan bila tiba masa nak balik, ucapan terima kasih akan keluar dari mulut masing masing. kita sebagai yang baru ni rasa seronok nak mengajar dan bergaul dengan office mates sebab rasa sangat dihargai. 

mungkin sebab faktor murid murid yang banyak ragamnya, cikgu cikgu di sini jadi lebih supportive untuk satu sama lain. walaupun muda mentah lagi, mereka tak sombong dan bersedia untuk mendidik sesiapa saja. Alhamdulillah. aku pun masih dalam proses nak mengenal lagi kerjaya ni, serta warga sekolah ni. so pray for the best dan pandai bawak diri. tawakkal dan cekalkan hati. Aminn! 

btw sapa sapa yang nak apply untuk guru sandaran masa korang tengah tak buat apa apa di rumah tu, boleh la baca Macam Mana Nak Apply Guru Sandaran naa hehe. kalau minat apa salahnya cari pengalaman dulu ok. tak salah pun. kita bagi ilmu kat orang, sampai mati dapat pahala kalau ilmu tu terus disebarkan. inshaaAllah 

love, Cikgu Aini.