Thanks ! anda yang ke :

I CARE

10.10.15

Alhamdulillah - i am blessed. Tq Allah. Everybody can succeed.


Assalamualaikum!

banyak bulan dah berlalu, dah lama tak menaip di sini kan hehe. Alhamdulillah aini dah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu dalam jurusan M.Sc Science in Aquaculture. masih cuba menyesuaikan diri di sini sejak datang terengganu bulan Sebtember hari tu, InshaaAllah dapat terus di sini untuk beberapa bulan lagi.

sebelum aini sambung belajar, Alhamdulillah aini dah selamat melangsungkan pertunangan dengan encik tunang pada 6 Jun 2015. hehe buat kecil kecilan saja. banyak yang aini prepare sendiri dan bersyukur sangat dah selamat berlangsung.

hari ni bukan ape, bukak blog sebab library terengganu ni wifi dia sangat excellent!! haha. rasa smooth je. nak buat mini project pun heaven gilaa. haha bisnes masih diteruskan. study masih seperti biasa cuma level tu dah naik dah. menuntut ilmu ni bukan senang. deadline, submitting, cari sources, macam macma kena buat. jadi wajarlah bila orang orang study ni dikatakan syahid kalau meninggal dunia ketika menuntut ilmu. Nabi Muhammad s.a.w sendiri dah kata, tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. bukannya carilah duit sampai ke liang lahad. jadi selagi mampu, tutut lah ilmu.

banyak orang tanya kenapa kau smabung study? tak nak kerja ke? atau tak dapat kerja? dah bertunang, kenapa lambat lambat kahwin? tak takut? aini senyum je walaupun dalam hati agak terasa di situ. hehe. kita boleh dengar apa orang cakap, tapi jangan diikut saja. hanya kita tahu situasi kita sndiri dan kita saja yang tahu kenapa kita amik keputusan macam yang kita nak. bagi aini, cita cita aini nak jadi lecturer dari dulu lagi. Alhamdulillah encik tunang sangat memahami. mak ayah pun sangat supportive. biarlah apa orang nak kata. aini tau, orang orang yang sentiasa menyokong aini ada dengan aini. i am happy!

inshaaAllah aini akan grad master tahun depan, kahwin dengan orang yang aini sayang, dan kalau ada rezki, aini akan kerja, sara mak ayah sambil sambung PHD. doakan satu hari nanti, depan office aini ada tanda ni - Dr. Nurul Aini bt Abdul Jalil.

happy day everyone :)