Thanks ! anda yang ke :

I CARE

29.11.11



silalah kembali secepat mungkin.
play me some notes on ur guitar ;(
dont make me wait. miss you T_T



20.11.11


aku mohon ya Allah.
beri aku kekuatan hati.
aku lemah tanpaMu ya Rabbi.




14.11.11

MUKA BUKU


assalamualaikum

cute gojes sekalian. hidup di facebook. actually aku dah mula rasa fb ni boring. haha wajarkah aku cakap macam ni. terasa mark zuckerberg nanti. tq mark sbb through fb aku boleh connect n update hal2 penting. ada someone ckp cam ni 'facebook is a medium of hell'. n then i started thinking. true.




n facebook juga rasanya bukan tempat meraih simpati. there might be someone who will agree and melayan status2 sedih korang. tapi sejauh mana valuable benda tu sedangkan pada masa yang sama anda sedang reveal your life untuk tatapan orang lain. kena ingat. ada orang betul simpati dengan kita tapi pada masa yang sama ada yang tepuk tangan bila kita susah. wahh aku pun kne fikir balik ni. hurm. sekali sekala xpe. tapi ni kalau dah sejam sekali? hah cecite cecite?

kenapa x bole tinggal fb? sebab i've my best friend in there. also my friends. i've my work in there. i also have my bam bam in there. how can i let him on9 without me mengacau dia kat chatbox? haha.




disebabkan obsesi terhadap abdul qaiyum, so aku letak pic dia je la. ihik! x reveal my life sangat la kan? hahahaha. tangan di dada mata ke atas. good luck for tomorrow sugar! till next time. bye :)

13.11.11


huhu. cantik. sangat.


T_T

11.11.11

DRAMA KEDAI LAKSA



ada budak lima tahun tanya aku banyak benda tadi. dah macam interview. nama dia alia.

[Alia] kakak, kenapa mata kakak garis garis?
aku jawab: ntah la. (sebenarnya aku pakai lens masa tu)

[Alia] haa, tau dah kakak tinggai bijik mata betui kat rumah lepas tu ni mata tipu kan?
aku angguk je. sengih sikit2.

[Alia] kakak cita cita kakak nak jadi apa bila besaq nanti?
belum sempat aku bagitau dia sambung lagi

[Alia] akak nak jadi polis ka, cikgu ka, doktor ka?
aku jawab cepat cepat: nak jadi orang buat bom

[Alia] macam tu alia jadi polis la. alia tembak bom lepastu tangkap kakak. lepastu bom tu alia bagi kat orang lain.
aku layan lagi: mana boleh bom bagi kat orang. kena lupuskan la. kalau dapat kat orang jahat habis la
alia diam jap. lepastu dia sambung lagi

[Alia] kakak pandai nyanyi lagu apa? alia pandai nyanyi ni ni lagu 'oh oh kamu ketahuan..'
aku selak newspaper, aku cakap: akak pun reti la.

[Alia] cuba kakak nyanyi.
belum sempat aku nyanyi dia tutup dah telinga. segera la aku merepek. kluar la lagu mas idayu yg 'seminggu sekali kau datang ek ek ek ek tu'

[Alia] haha awat gegeh sangat ni.

segerala aku stop nyanyi. nak tegelak pun ada jugak. dia kata aku gegeh weh. hampeh punya budak haha.
dah la kira twisties duaploh kupang campoq duaploh kupang sama dengan patploh kupang kan kakak kan?

haiyaaa budak2..layan je la selagi larat..cakap tak berenti

alia cinke uk uk.apa Alia ni speaker ke?
[Alia] memang alia sticker.
bukan sticker,, speaker..
[Alia] memang la pisker tu alia. pisker tu apa kakak?
adeh.



10.11.11

cheritera #2 ADVENTURE OF KUNG FU KIDS


tersebutlah kisah, geng the kung fuss terpaksa mencari penawar kepada tokguru mereka, tok kura yang semakin gering. oleh kerana ubatan cina dikatakan mujarab, mereka merantau dari malaysia ke negara china untuk mencari ubatan buat tok kura. tok kura tersenyum bangga dengan anak anak muridnya. "syabas kamu semua" kata tuk kura sambil membetulkan cermin mata nya.



maka bermulalah perjalanan mereka. setelah seminggu mengerah tenaga mendayung kayak, mereka sampai di repulse bay, hk. mengetahui bahawa di situ terletak rumah jackie chan, mereka cuba meminta tolong. malangnya, jackie tiada di rumah.tanpa membuang masa, mereka meneruskan pencarian.


setibanya di tengah kota, tiba tiba Qaiyum the Tiger berlari dan melompat lompat. rupa rupanya dia telah menjumpai sesuatu yang boleh membantu the kung fu mencari penawar untuk tuk kura.



Qaiyum the Tiger telah menjumpai..si Kung Fu panda versi perempuan! maka melompat lah Fuad the Panda dek terlalu excited mahu berjumpa Panda perempuan sehingga terpaksa diselamatkan dari terjun ke laut secara tak sengaja.



setelah bertemu dengan Panda perempuan, maka mereka pun telah menemui jalan penyelesaian untuk penyakit tuk kura. akan tetapi mereka hairan, kenapa panda itu sangat moody? the kung fussss pun pulang walaupun masing masing tertanya tanya akan sikap aneh Panda perempuan itu.



tiba tiba Halim the Mantis menunjukkan sesuatu. patutlah Panda perempuan selalu moody. rupa rupanya rumah panda perempuan yang mereka kunjungi terletak di Mody Road..huuuu. nampaknya Halim the Mantis juga telah menunjukkan wajah yang menjurus kepada mood tidak baik. segeralah pahlwan pahlawan itu beredar dari lokasi tersebut..


dan seperti yang dijangka, susana kembali ceria, tambah tambah apabila the kung fus terserempak dengan segerombolan gadis sedang menari chacha.


pelbagai rintangan terpaksa dihadapi untuk meneruskan perjalanan. mereka diserang oleh Zahid the Flamingo yang ingin menggagalkan usaha murni mereka. mujurlah serangan tapak kaki berapi tingkat 18 nya ke atas Fuad the Panda dapat ditangkis oleh the kung fuss yg lain!




setelah penat berjalan, akhirnya mereka sampai di istana tabib. akan tetapi istana tersebut telah ditakluk oleh seekor raksasa. nun jauh di atas tangga kelihatan si raksasa menunggu kedatangan mereka.


semua the kung fuss sekali lagi bergabung tenaga dan menerkam raksasa tersebut hingga di menyerah.

apabila sampai di dalam istana, Aini the Hamster disuruh mencari tempat tersembunyinya ubat tabib yang dapat menyembuhkan sakit tuk kura. rupa rupanya ubat itu tersembunyi di dalam patung anak naga. Aini the Hamster menjerit kegembiraan setelah menumpai ubat itu. sempat jugalah dia pose seperti kena gigit oleh patung itu.


maka tuk kura pun sangatlah gembira dan sihat seperti sediakala. malah, tidak perlu lagi memakai cermin mata beliau yang pelik itu. makin bertambahlah sayangnya terhadap the kung fusss. hehe. sekian!


wajah wajah bahagia hoho

starring: hafees qaiyum fuad zaid aini fara zahid dayah halim anis n the geng.
p/s: aku tak de keje




9.11.11

vvip #2 intan sofia

assalamualaikum



saya amat rindu intan sofia. sebelum ni pun rindu. tapi lepas tengok video di blog dia tadi, saya nampak dia bergerak! bukan gamba tegak seperti di atas.rasa rindu amat2 dengan dia.hope you will always be happy sahabat. i miss you : (


7.11.11

BILA BINTANG PETIK GITAR




bila bintang petik gitar
melewati jemari itu
bawa sekian malam meniti pagi
bidadari menari mencipta simetri

bila bintang petik gitar
melewati dingin hati
terbit radar rasa
berdetik membilang bahagia
melewati laku yang kala tersasar

patri kata bicara
langit tersenyum lawa
bintang tampak indah

everything combined beautifully
since the day i met you
thank you bam
i miss you badly :(

CHINA HK 谢谢 :)


assalamualaikum
exciting interesting people!! in my whole life, aku tak pernah berada luar dari malayia. err except thailand la kat wan kelian. hehe. and at last, i'm in china! shenzhen and also HK. thanks to our tour guide michelle and chin. sweet memories dengan geng geng mpp. juga disertai oleh mtk dan beberapa orang student n kawan kawan kitorang.


first day






second day










third day










fourth day





fifth day




cuma nak cakap, THANK YOU. i love u all. a lot. sincrely:)