Thanks ! anda yang ke :

I CARE

28.2.13

OUR TYPE OF LOVE



KERANA YANG MENCUKUPKAN ITU REZEKI, BUKAN DUIT



assalamualaikum

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, 
apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, 
apabila di laut maka naikkanlah, 
apabila jauh maka dekatkanlah,
sekiranya dekat maka permudahkanlah, 
dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah 
dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , 
juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut 
dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, 
dengan rezeki yang halal dan baik, 
serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, 
dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, 
dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, 
sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu..

amin"


26.2.13

GIGI OHH GIGI



assalamualaikum

this morning i went to see the dentist. ayah nak cabut gigi. so aku join sekali untuk cuci dan tampal gigi.

"adik cuti sekolah ke?"
"ha ah, cuti sem"
"oo ingat sekolah lagi. umur berapa?"
"22 doc"
*perasan muda seketika. ihiks*

in result, doc cakap my tooth are just fine. cuma ada sedikit plug dan kena tampal satu bahagian ni. plus, punya lah bagusnya doc tu, siap ajar cara cara nak flos lagi. hehe nice

dan ini cara untuk flos gigi kamu

gusi yang berdarah semasa anda flos, menandakan bahawa ada masalah pada bahagian gusi tersebut.

1. ambik sehelai benang. 
2. buat macam ni
3. buat macam tu
4. lepas tu, cmniee.. 

hehe

ni pula namanya karang gigi atau plug. kalau tak rajin gosok gigi untuk masa yang lama, sisa makanan akan jadi melekat kat celah gusi dan gigi. 

ataupun, masa korang berus gigi tu, tak sampai ke kawasan yang tersembunyi, so sisa sisa tu tercicir untuk dibersihkan. bila pergi klinik, doktor akan bersihkan karang gigi tu dan lapas tu, kena rajin rajin la flos gigi selalu.

kalau time ni, memang sakit sikit. rasa ngilu. tahan je la.

seterusnya adalah tampalan gigi. dah macam pelajar jurusan pergigian dh aku nih. tak pasal pasal harini belajar pasal gigi. uhuk. tampalan ni masa sekolah rendah mesti korang pernah buat kan. 

misi misi comel dan juga mak mak misi datang sekolah panggil pegi check gigi kan. huhu. at that time, aku selalu kena panggil. then kawan kawan cakap siape kena selalu panggil dengan misi, gigi dia buruk. jahat ngatttt aih.

ngeeehhhh. seksa den nengoknyee

dan kalau gigi kuning, boleh putihkan. haa yang ni aku teringin nak buat. sekarang ni dah ada alat nye. affordable and available. nanti la kalau ada rezeki nak bagi gigi putih, aku beli. hikkkk.

 
tengok, bila gigi dah putih, senyum pun sampai nampak gusi. haha

p/s: dan jangan risau, tak sakit pun. kalau ye pun sakit, sekejap je. better pergi klinik, dapatkan rawatan daripada tahan sakit berulang ulang. hehe

till next time, bye :D








24.2.13

NORMA MENGHANCUR


assalamualaikum

kalau yang tua tak pandai nak hormat yang muda
macam mana yang muda nak belajar hormat kepada yang tua

buat baik banyak mana pun
kalau yang di depan mata tu dah nampak buruk
buruk jugaklah rupanya

aib sendiri mahu di tutup
aib keluarga jadi bahan jenaka
aib orang lain bercerita sekampung

yang tua berlagak hebat
cakap betul yang muda dipekakkan telinga
duit, harta perkara pertama
bahagia anak cucu tergadai

mengarah sana mengarah sini
anak orang ditunding jari
anak cucu sendiri bertempiaran lari

kau salah biarkan saja
yang penting tak menggangu hidup aku

kalau macam ni masyarakat kita
lebih baik duduk dalam hutan

22.2.13

SEMUA MAHU KAWIN hehe

assalamualaikum

last week, memang banyak sangat kenduri kawin yang diadakan oleh kenalan dan termasuklah saudara mara. 

malam nye, kitorang menghadiri majlis perkahwinan sara and husband, my mak chaq's office mate in red rock hotel in macalister road. indian punye majis kahwin kali ni modern dan yang paling best, makanan ditempah dari islamic catering. memang sedap sangat sebab orang penang masak kan. hehe capati, thosai, ais kacang, and much more were served.



madam besar dan officemate



 gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. hehe. sambutan pengantin ke dalam dewan. melayu pakai kompang. indian guna ni.


sara and husband. congratulations both of you!


messaging the big bos, que aik


pada pagi sebelum sara's wed, ada saudara yang naik pelamin jugak. tahniah. tak sempat ambil pic pengantin sebab masa tu sibuk serve laksa kat pengantin. hehe. laris macam pisang gorenggg. temanya pink putih dan mungkin memandangkan kali ni buat kat rumah pihak lelaki, kaler pink tu macam lembut sikit, tak terang macam fuschia. huh cantek jugakkkk. weee


board ni diletak di tepi pintu masuk supaya tetamu boleh tinggalkan tanda ucapan kepada pengantin. kreatif !


malam sebelum kenduri tu, ramai ramai ringankan tangan menghias dinding nih. tadaa hasilnya. lawa tak? lawa tak? haha. gumbira


pelamin bertemakan bunga sakura. then ada rantai bejuntai dari dahan tuh. dalam hati ada taman. simple dan cantik serta cuuuteeee sgt! 


pegi kenduri kawin orang ni boleh mengeratkan silaturrahim. thanks kepada camera girl yang tak jemu ambik pic muka tembam nih, kak long manehhh. haha. bukan selalu boleh pegi kenduri makan sedap sedap. hehe

urm, bila nak sampai turn agaknya? wee



p/s: nak tunggu sape sape kawin buat tema bunga raya. haha baru satu malaysia. ade ke?

20.2.13

KARMA


assalamualaikum

kau buat baik pada dia, tak mengharap balasan. tapi apa yang kau terima darinya kemudian itu hanyalah palat. soalannya, wajar kah masih nak buat baik? wajar. sangat wajar tapi mungkin bukan pada dia.

buat lah baik semahunya, tapi jangan sampai diri sendiri kena pijak.

just, don't test me.

challo bete

11.2.13

FOREVER WILL BE. till jannah. IN SHAA ALLAH


assalamualaikum

aku ingat lagi waktu kita beratur ramai ramai sebelum masuk kelas. lari lari anak nak ke kantin nak berebut donat panas dan kuih jala masa rehat. 

orang amik seketul aku dan intan sofia amik paling kurang dua ketul. haha. pernah sekali amik sepuluh ketul dengan geng triple v semua bawak pegi dewan buat bekal dengar ceramah motivasi. oh samseng samseng. 

kita pelajar MRSM Kubang Pasu, first badge dan alhamdulillah kita dah buat yang terbaik untuk mencorakknnya. even tak sampai dua tahun sekolah sekali iaitu di form 4 dan form 5, banyak pahit manis yang kita go trough sama sama,

okeh. dan sekarang nampaknya musim kawin! yay! hehe empat orang sudah selamat menjadi isteri orang. tahniah dan semoga kekal ke anak cucu dan selamanya. untung kawin muda, boleh dapat anak ramaiiii. hehe.
   

Fatin Saad and her husband. the first marriage of our badge of MRSM Kupa



azri n farhana. 19 jan 2013. they are so cantek in yellow :)



Siti Nurliyana and Syafiq Fitri. todays nikah :) beauty


pasangan keempat aku tak jumpa pulak pic diorang. btw tahniahh. hehe seronok tengok kawan kawan kawin. soo beautiful
aku? hehe sumpah teringin tapi tu la, there are so much to do before kawin. hopefully everything goes well. amin!

p/s: lisa, iza, mimi, hanis, intan, athin, shak, aini. ikut sequence. haha




8.2.13

DIKALA KEBOSANAN

Rinmaru Game
Couple Warrior

ya saya tau..saya sudah nak masuk 22 tahun..
hehe apa salahnya main game macam ni kan..
hanya mengasah bakat..



the glances
the smiles
the laughs
the jokes
the tears
the madness
the chaos
the distance

and you are still my favourite


AINA'S DAY


assalamualaikum

happy birthday sayang
may Allah bless you always. 
kakak saayanggg aina
dah tujuh tahun dah
hehe cepat betul

aina, aini, azikin

5.2.13

FIKIR


saya lihat perkataan itu keluar dari mulut awak, 
saya jadi sakit hati

macam mana seorang perempuan dengan megah 
bercerita dia selingkuh

lelaki ini, lelaki itu

awak bertudung, lengan baju mencekak pergelangan tangan
awak cantik, kulit putih gebu iras cina

bagaimana seorang perempuan 
betapa tak bersyukur dikurniakan lelaki sebaik itu

saya diam, pekak kan telinga
malas melayan

kalau bangga jadi begitu, teruskan
kalau takut kehilangan, hentikan

pandai kan?
jadi fikir







MAYBE SOMEDAY


assalamualaikum

*letak gambar edit awak berdua dengan si dia*
tag si dia, tag semua orang

orang puji: cantik..so sweet
awak jawab: best friend la..saya dah anggap dia macam abang sendiri
ali cakap: tahniah awak! padan la..huahua
milah cakap: wahhh tak bagitau punn..
kawan si dia komen: hah cought you! tunggu la aku p sana aku nk jumpa dia weh haha tahniah2
awak jawab: no people. he is just a brother. i know i love him but now he is just a friend. maybe we will be together and maybe not. i know where i stand and we may not be together. say what you wish. 

oh myyyy.. sayang, kenapa sangat merendahkan diri anda? enough with what you have done. we all know the truth. you like him but he never tell you he loves you too right? don't behave like you are begging for his love.

"kalau dia sayang, dah lama dia cakap. kalau dia serius, dia takkan tunggu lagi."

"orang takkan post pic sweet sweet kalau dengan abang sendiri kan? wuwu. i am a girl too. i know how you feels"

"u are sweet. u are georgeous. and also kind. spend those qualities to persons who deserve it. okay?"



yang ni kalau adik beradik memang boleh caya. cute tahap kucin



4.2.13

MEROBEK HATI

aku pelok wangi
baling bantal gebu ke tepi 
rimas merodok kepanasan
piala kepalsuan masih johan

bawa hati ke langit ke tujuh
cuba menggoda malam
robek dada biar terbelah
genggam hati dan julang
biar tebang ke atas
tangan dibasahi peluh dan hitam
biar aku menunggu kau pergi
hati
moga diputihkan kembali
diwarnai kembali
aku menunggu terpana 
moga boleh dijahit kejap
aku di sini 
moga kosong itu penuh

"kau hati, mengapa dengki.
kau hati, mengapa gundah
mengapa sombong dan bongkak"

biar yang lepas reda
puncak hidup kedepan
bukan belakang




manusia punya hati dan perasaan. yang punya hati tiada perasaan itu haiwan (Aini, 4 Februari 2013)

Denganmu - Official Lyrics VC (OST Istanbul Aku Datang)


assalamualaikum ^^



gahhh i love the intro so much!! sesuai mood happy hehe