Thanks ! anda yang ke :

I CARE

Showing posts with label pilihan. Show all posts
Showing posts with label pilihan. Show all posts

7.3.13

DARI MATA TURUN KE HATI : EYE LENSES


assalamualaikum

actually semester baru untuk degree dah mula. jadi pelajar pelajar jurusan marine kat uitm perlis ni, termasuk daku perlu bersedia untuk bertukar warna kulit. haha. yeah. kelas renang di tengah tengah hari dan tangan yang semakin gelap dek cahaya uv ketika menunggang motosikal. haha ayat tak bole belah. baku siot! 22 kredit hour diharap tak membebankan ( gahh selama nya nk habis ). chaiyokk!!

for these few days memang tak sempat nak update blog. hehe time holidays, everyday update kannnn. 
baru beli lens baru tadi sebab lens yang pakai sekarang dah tamat tempoh. 

actually lenses ni banyak jenis dan banyak jenama. commonly, tujuan kita pakai lens ni antaranya:

1. rabun dan tak comfortable dengan spectacles which diorang involve in sports or games.
2. cosmetics purposes
3. improve rabun
3. saje nak lawa2
4. ect

dan tujuan utama aku pakai lens ni adalah seperti yang pertama di sebut di atas. mula2 dulu takut jugak nak pakai lenses sebab belum pernah cuba dan takut takut sakit mata. hehe dan so far, alhamdulillah kalau pandai jaga, tak de sebab untuk sakit mata atau pun bacteria infections. 

1. jangan malas nak cuci lenses dengan solutions. 
2. avoid tertidur dengan lens masih pada mata. 
3. jangan pakai lens semasa memasak atau dekat benda panas!
4. jangan pakai kalau dah tamat tarikh luput dalam tempoh lama.
5. if mata tiada masalah, tak payah la pakai lens berkaler kaler untuk cantik. takut nanti effect mata yang sedia elok. 

so overall, korang perlu sangat jaga mata elok2 kalau nak pakai lens. if nak pakai lens, ingat, mesti ada jugak spectacles incase perlu. jaga mata baik2 sebab dari mata, turun ke hati :) grr ayat nk puitis je.


grey eyes

aini jalz mata kelabu


aini jalz mata coklat!
besar gle eye bag! hahaha


mata hazel haha uhuks hahahah 


p/s: blincon cantik..unfortunately, tak sesuai dgn mata ku wuwuw. *tags dah merepek bagai hiuhiu


22.2.13

SEMUA MAHU KAWIN hehe

assalamualaikum

last week, memang banyak sangat kenduri kawin yang diadakan oleh kenalan dan termasuklah saudara mara. 

malam nye, kitorang menghadiri majlis perkahwinan sara and husband, my mak chaq's office mate in red rock hotel in macalister road. indian punye majis kahwin kali ni modern dan yang paling best, makanan ditempah dari islamic catering. memang sedap sangat sebab orang penang masak kan. hehe capati, thosai, ais kacang, and much more were served.



madam besar dan officemate



 gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. hehe. sambutan pengantin ke dalam dewan. melayu pakai kompang. indian guna ni.


sara and husband. congratulations both of you!


messaging the big bos, que aik


pada pagi sebelum sara's wed, ada saudara yang naik pelamin jugak. tahniah. tak sempat ambil pic pengantin sebab masa tu sibuk serve laksa kat pengantin. hehe. laris macam pisang gorenggg. temanya pink putih dan mungkin memandangkan kali ni buat kat rumah pihak lelaki, kaler pink tu macam lembut sikit, tak terang macam fuschia. huh cantek jugakkkk. weee


board ni diletak di tepi pintu masuk supaya tetamu boleh tinggalkan tanda ucapan kepada pengantin. kreatif !


malam sebelum kenduri tu, ramai ramai ringankan tangan menghias dinding nih. tadaa hasilnya. lawa tak? lawa tak? haha. gumbira


pelamin bertemakan bunga sakura. then ada rantai bejuntai dari dahan tuh. dalam hati ada taman. simple dan cantik serta cuuuteeee sgt! 


pegi kenduri kawin orang ni boleh mengeratkan silaturrahim. thanks kepada camera girl yang tak jemu ambik pic muka tembam nih, kak long manehhh. haha. bukan selalu boleh pegi kenduri makan sedap sedap. hehe

urm, bila nak sampai turn agaknya? wee



p/s: nak tunggu sape sape kawin buat tema bunga raya. haha baru satu malaysia. ade ke?

19.4.12

BILA PERLU BUAT PILIHAN, KAU TAK BOLEH LARI DARI KETEGASAN.


assalamualaikum

sesuatu perhubungan adalah perkara berat yang bukan main main lagi. tambah bila kau hampir kepada satu fasa di mana semua saudara mara dah mula bertanya pada mak kau, cik bedah bila nak dapat menantu?




'aku dah jumpa budak yang kat stesen bas dulu tu'

'haha baguslah. lepas tu?'

'dia pun cakap dia suka aku. phewphew. bunga bunga bunga'

'ape tunggu lagi? ambil la cepat'

'tu masalahnya. dia dah berpunya'

'kalau macam tu kau jangan main api'

'tapi sama sama suka. dan dia pun ada masalah dengan teman lelaki dia'

'yang mana dia pilih? kau atau lelaki tu? fikir masa depan. jangan ikut hati'

'ntah'

'kalau betul dia sayang kau, dia akan tetapkan hati. dia pilih kau, takkan teragak agak lagi dah. kalau macam ni, satu hari nanti ditakdirkan kau berdua gaduh, tak mustahil dia akan cari lelaki lain sama macam dia buat pada teman lelaki dia sekarang'

'aku pun tak tahu. masalahnya dia dah berpunya. kalau tak memang kapel dah.'

'hal macam ni kau kena fikir sendiri dalam dalam. kita dah besar dah boleh kawin. takkan kau nak bercinta dengan perempuan yang kau tak mahu buat bini kan? haa jadi fikir baik baik. aku sokong apa pun tindakan kau.'

'betul tu tapi.. aaaaa. AAAAaaa. aku dah pening'


kalau hati kita bulat, maka kita nekad. tak perlu ragu ragu lagi sebab arah tujuan itu sudah di depan bola mata (Nurul Aini, 20 April 2012)