Thanks ! anda yang ke :

I CARE

1.3.15

Back to school. Guru sandaran - Cikgu Aini



Assalamualaikum! 

Alhamdulillah bulan Februari hari tu satu azam 2015 dah tercapai iaitu nak grad degree Bachelor of Science (Hons.) in Marine Technology dengan pointer 3.00 ke atas dah tercapai. Alhamdulillah. Nanti naik pentas konvo dah boleh dapat bintang. hehe. InshaaAllah konvo hujung bulan lima ni. jadi ada banyak masa terluang untuk diisi. Kerja dah banyak yang diapply dan masih menunggu jawapan. master pun nampaknya lambat lagi nak tau result. jadi untuk tak membuang masa, aku apply kembali posisi guru sandaran iaitu pekerjaan lama aku masa tunggu result sambung degree pada 2012.

tup.. tup.. dapat sekolah yang sama macam dulu.. SK Seberang Jaya 2. nak kata happy sangat tu, biasa biasa ja, nervous lagi ada la. haha. banyak cikgu yang dah ditukarkan. tapi, banyak lagi yang stay. tak sangka majoriti cikgu dan student kat sini masih ingat muka serebeh ni. haha. cuma nama saja dah lupa. ada yang panggil adilah la, ain la, dan bila bagitau nama, baru ingat balik. please imagine how i feel! rasa appreciated gilaa ah! hehe rasa nak lompat lompat tapi aku masih ingat bahawa aku ni cikgu walaupun hanya sebagai guru ganti hahah!

bagusnya cikgu cikgu di sini, majoriti tak lokek nak kongsi ilmu. banyak bercerita, bagi nasihat dan pandangan walaupun rata rata 10 tahun lebih tua dari aku yang muda mentah setahun jangung lagi haha. setiap pagi, kalu jumpa di pejabat, tak kisah la yang muda atau yang tua, diorang akan bagi salam. dan bila tiba masa nak balik, ucapan terima kasih akan keluar dari mulut masing masing. kita sebagai yang baru ni rasa seronok nak mengajar dan bergaul dengan office mates sebab rasa sangat dihargai. 

mungkin sebab faktor murid murid yang banyak ragamnya, cikgu cikgu di sini jadi lebih supportive untuk satu sama lain. walaupun muda mentah lagi, mereka tak sombong dan bersedia untuk mendidik sesiapa saja. Alhamdulillah. aku pun masih dalam proses nak mengenal lagi kerjaya ni, serta warga sekolah ni. so pray for the best dan pandai bawak diri. tawakkal dan cekalkan hati. Aminn! 

btw sapa sapa yang nak apply untuk guru sandaran masa korang tengah tak buat apa apa di rumah tu, boleh la baca Macam Mana Nak Apply Guru Sandaran naa hehe. kalau minat apa salahnya cari pengalaman dulu ok. tak salah pun. kita bagi ilmu kat orang, sampai mati dapat pahala kalau ilmu tu terus disebarkan. inshaaAllah 

love, Cikgu Aini.




11.1.15

Azam 2015


Assalamulaikumm! hehe


lamanya tak post kat blog. sangat busy! hehe Alhamdulillah business masih berjalan. study masih diteruskan. yay! ada tanya lepas degree nak buat apa? kerja? master? nak sambung inshaaAllah. hehe doakan la yep.

deisebabkan gap banyak hari exam, boleh la menulis blog kejap. sebab sebelum ni memang tak menag tangan. dengan final projectnya, dengan exam nya, dengan business nya, test, dan segala bagai. ehem. rasa macam dah matured sikit la hahah!

disebabkan new year baru je berlalu, nak tulis azam sikit lahhh hehe

1) grad degree dengan 3 pointer ke atas
2) tunang
3) master
4) turunkan berat badan dan get rid of benda paling benci : perut boroi n dagu berlapis. hahahahah
5) beli kereta
6) bagi duit bulan bulan kat mak ayah
7) jadi lebih berseri cantek dan lawa, luar dan dalam (cewah) haha
8) berubah menjadi lebih baik untuk keluarga, bangsa, dan agama!


wahh banyak nye azam. haha. moga moga tercapai Aminnn!






30.10.14

MERABAN


Assalamualaikum

laaamanyaaa tak update blog! hehe hidup pun dah banyak yang berubah. dah banyak perkembangan, penurunan, kenaikkan. dan jugak kematangan dalam penulisan. banyak beza post aku dulu dan sekarang. sangat banyak. malu pulak kadang tu bila baca balik.

tak nak banyak pun, aku cuma nak kan kebahagiaan dan kesihatan dalam kehidupan. mudah segala. rezeki tak putus. cukup untuk aku dan orang orang yang aku sayang. 

perkembangan pelajaran? Alhamdulillah dah semester akhir degree. Alhamdulillah. banyak dugaan dan rintangan, tapi still kuatkan hati. terima kasih Allah, mak ayah, Qaiyum, adik adik. terima kasih sangat. tanpa kalian tak dak aku kat sini. 

kawan kawan baik aku. intan, lisa, mimi, iza, hanis, shak, fathin. lama dah kawan. macam adik beradik dah. rindu woi. rindu haha. Alhamdulillah Iza dah selamat jadi bini orang September lepas. first among us. lepas ni tunggu jadi mak cik. haihh sedih tengok gambaq lama. haha muka tak dak nur langsung masing masing. haha






selain tu, masa depan dah ada perancanagan, tapi masih samar samar. dan Alhamdulillah, last week rezeki Allah nak bagi. Disember ni akan ke Putrajaya untuk pembentangan peringkat nasional. InshaaAllah. doakan.



10.7.14

PRAY FOR PALESTINE

Bismillah

selamatkan mereka
hidupkan hati hati kami
pelihara saudara saudara kami

saat dibedil
saat di henyak peluru yang buta jiwa
bergelumang debu pasir peluru
gugur hapus dalam tangis

yang suci diacu senapang
dipotret kehidupan dengan kezaliman
hanya mati itu yang bebas
bila caranya hanya kembali padaMu

anak mata yang berlinang tubir matanya
merayu saat lapar
saat sakit dan hiba
ketika tiada siapa siapa
bila hilangya anak dan suami
isteri dan sahabat
ibu dan ayah

tangan ini tidak mampu
kaki ini cuma mampu menyokong
sujud dan duduk menghadapnu
selain ditadah untukMu
ditadah merayu ya Allah

peliharakan mereka ya Allah
pelihara mereka sesungguhnya ya Allah
pelihara saudara saudara kami ya Allah
sujudku padamu meratap selamatkan mereka ya Allah

Amin ya Rabb

(Ainijalz, 2014)