Thanks ! anda yang ke :

I CARE

20.7.12

HARI HARI YANG TAK NORMAL

assalamualaikum. selamat hampir nk tidor. haha. aku amik cuti tiga hari dengan bos hari tu. first day penang ke perlis, second day, clearance kat uitm yang penat nak mati, n third day, perlis balik ke penang. ianya sangat penat bila kena ke sana sini mintak sain untuk clearkan status anda sbg seorang pelajar yang berhemah! haha fuh. tak boleh belah ayat. then last2 kakak HEA tu ambil kad matrik aku dan potong! haha maka setel lah clearance aku. ni rupanya borang tuh. sampai jatuh2 moto aku nak buat bende nih. oh sad. dugaan betul. lepas ni tiada lagi baju kurung yang dipakai bersama heels menaiki moto bergear. hahahhahh


dan dalam masa 3 hari tu jugak lah, kami geng geng DC sempat berkumpul kembali even ada 2 orang tak cukup. huhu umam n qawim korea. kalu x memang cmplete. lama tak jumpa then lepak2 kat Tasoh. mane lagi kan? hehe. maka bermula lah hari tak normal aku.



budak tu kalu nampak camera memang macam nih. jgn risau ye


credit to ijat pic nih


 cantik kan tasoh? hehe


piring alien


jap jap heroin datanggg!! hahahahha chaihh


ko pose cmnih. aku pose cmnih. klik. pic da amik dh pon.


maka gugur lah pokok2 sekeliling kitorang. uhuhu

saya sayang DEFIANT CREW. hehe terima kasih semua :)

hilmi
caon
ijat
sayang
fuad
fifi
fadz

thanks :)

14.7.12

WAKTU DAH MASUK KE BELUM DIK?

assalamualaikum

hari ni ada satu kisah yang aku nak kongsi. tenenet. mcm skema banget. haha masa solat maghrib tadi, macam biasa, aku mintak keluar jap nak pegi surau. tapi kali ni, aku pegi awal, sempat la tunggu masuk waktu. then ada sorang perempuan lebih kurang sebaya dengan aku kat saf belakang. kiranya dalam surau mase tu kami berdua je. suddenly, seorang mak cik dalam lingkungan 60 mcm tu masuk. tak silap dia pun kerja kt situ, atau mungkin baru sebab before ni tak pernah nampak dia kat surau. masuk2 je kt surau, dia tanya kat perempuan saf belakang aku tu

"maghrib masuk tak lagi dik?"
"dah mak cik" (sambil berdiri nak mula niat)
"eh tak masuk lagi. ni jam mak cik ni memang betul, ikut tv ni. takkan ikut tv tak betul pulak"
"masuk dh cik. ni kawan saya mesej dah dengar azan kat luar"
"tak masuk lagi..lambat lagi nih. jam mak cik lagi 5 minit baru masuk waktu"

masa ni perempuan tu duduk semula. maybe sebab hormatkan mak cik tu yang duduk sebelah dia. aku kat saf depan pakai telekung n tunggu lagi. then masuk pulak sorang lagi perempuan nih. mak cik tu tanya pulak kat perempuan yang baru masuk tu..


"dik, maghrib masuk dah?"
"dah cik.."
"tapi jam mak cik lagi dua minit ni. takkan tak betul kot"

aku, perempuan yang first tadi, n lagi sorang awek kedai mane tah terus bangun nak semayang. then boleh mak cik tu kata:

"ni jam mak cik tak masuk waktu lagi nih"
"jam mak cik salah tuu~" slowww je aku ckp kt dia
"tak pe lah. mak cik tunggu jam mak cik nih."


pasal waktu solat pun nak tunjuk sape betul sape salah. haila. pandai pandai lah nilai sendiri.
salam :)

13.7.12

PUISI BUAT ISTERI


Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu. 
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan. 
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu. 
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik, 
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu, 
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan, 
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku. 
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku. 
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku. 
Selamat menjadi separuh dari aku.


~puisi ini aku hanya copy paste. kenapa? ianya menyentuh jiwa (Nurul Aini, 13 Julai 2012)



2.7.12

QUOTES AND PICS

assalamualaikum

huh aku bosan giler. cuti hari nih. pun begitu, belum berkesempatan keluar tengok wayang atau bershopping sebab sekarang memang tak de mood untuk itu semua. puasa pun tak rasa lapar sangat sebab hari ni seharian hujan. lebat dan sejuk. tapi tak pulak rasa nk tidur. cuma lepas berbuka tadi dh mula rasa mengantuk. 

mula lar aku menyelak2 google n wall FB. dan jumpa these kind of cool stuff. hobi nih. 







and then i was watching television. jadi bosan n terus call dia. somehow, i feel relief bila dengar suara dia :)


yep, aini gemok love qaiyum. haha. merah aku tulis. hitam dia tulis.