Thanks ! anda yang ke :

I CARE

28.10.11

GAME #2 Lolita Bride


uhuu..
main game lagi..tapi aku rase mcm bukan game je. haha. mcm dressing2 je. haha. hua hua



27.10.11

vvip #1 MOOMMMMYYYYY


assalamualaikum.



aku dah gelak gelak masa cat dog nyanyi lagu cucur atap tadi. lullaby la konon. huaaa. n sekarang turn spongebob dan si tapak sulaiman pink, patrick. kesian squidward. huhu. actually, aku tgh tengok nickelodean kat tv9. ngee



dan hari ni aina demam. dah banyak hari kot. seminggu tak p tadika. mata sampai lali. rockers kot adik aku ni. huhu. sepanjang dia demam, mak aku tak meniaga sebab kalau mak takde, aina mesti menangis. bila dah berkepit dua dua, seraya kedua mereka demam sekali.

time time ni lah peluang nak observe macam mana mak aku jaga aku kecik kecik dulu.

'mak, dulu akak kecik kecik demam teruk macam aina jugak ke?'
'tak,, akak kalau demam lagi teruk dari aina'
lantas bapak aku pun angguk.
huaaaaarrrr

huhu macam mana la mak aku jaga aku dulu. sampai besar macam ni. bila difikirkan balik, bukan sekadar tanggungjawab, tapi memang mak nak ada di samping anak anak dia bila salah seorang dari kami sakit. kalau ikut tanggungjawab sahaja, mak takkan tiupkan teh panas untuk aina bagi sejuk. dan mak jugak takkan beli macam macam ubat dan vitamin untuk aina semata mata nak dia sihat. itu la mak aku. tapi aku ni belum layak jadi anak yang baik untuk dia. walaupun tak pernah aku tengking atau cakap kasar mahupun lawan cakap dia, aku rasa apa yang aku buat masih tak boleh balas jasa dia sebagai seorang ibu. agak dissapointed di situ. takpe2. aku akan usaha terbaik nak bagi segala untuk dia.



ni entry untuk mak aku. mak akak sayang mak. walaupun ayah kata dia sayang mak lebih! huaaahuaaa. romantik la tu ehhh. haha. dan sekarang aina duk manja2 pulak dengan mak depan aku. tak leh jadi nih. haiyaakkk!

haha challo bete!

25.10.11

LAMPU LAMPU BUNGA BUNGA



assalamualaikum.
rajin rajin la baca apa yang aku nak tulis masa time gila nih. dah masa time lagi cik aini ye.
aku sangat sukakan lampu. sebab bila aku tengok lampu lampu yang berkaler kaler aku akan jadi excited. tak tahu kenapa. maybe adrenalin aku ada problem kot. aku selalu tengok bunga api masa duduk di asrama SGGS dulu. sebab di Penang kat pulau, every celebration either chinese or malay, both akan ada bunga api yang sangat amazing. masa tu berangan akan ada bunga api yang naik dan form satu ayat : i love u aini! sounds ridikiles kan? tapi tu la minded budak2 aku dulu.

dulu masa bulan Ramadhan akan ada orang yang main bunga api. disebabkan bilik aku di asrama masa tu tingkat satu, aku dengan roomate aku akan lari ke tingkat paling atas untuk tengok bunga api secara live dan dekat. bila dah berjaga sampai ke tengah pagi, esok sahur tak bangun atau lebih tepat lagi malas. maka esok kelas time lab, selalulah kitorang basuh mata dengan distilled water. konon mengelak mengantuk dan menyegarkan mata time puasa. ish. teruknya aku dulu.

sampai lah aku pindah g mrsm kat jitra, dah takde lagi bunga api yang amazing macam di SGGS. except masa malam sambutan merdeka yang kitorang buat ramai2 di dewan. itupun kitorang tak sempat celebrate sebab ada gangguan anasir halus. melepasla aku nak tengok bunga api di jitra.

sekarang di arau, aku jadi excited bila tengok lampu banyak2 especially di istana Arau. sangat cantik. masa tu lupa masalah sekejap. dan sekarang aku betul2 harap ada lampu2 cantik dan bunga api yang amazing yang boleh aku tatap secara live. orang yang tahu aku sangat sangat suka lampu lampu macam ni seingat aku ada seorang ja yang tahu. sebab keadaan akan jadi lebih bermakna kalau dia ada. dia buat lampu yang aku tengok jadi lebih cantik dan meaningful.

thanks membaca repekan aku ni. mesti korang tak faham kenapa aku suka lampu lampu dan bunga api kan. aku pun tak faham. yang aku tau, aku suka lampu lampu dan bunga api. sekian.








21.10.11

RESTLESS


assalamualaikummmm
hi stalkers! aik terasa? haha gurau2 lah. n damn amazing people.
have a nice day. nice breakfast, lunch and dinner.
ayoyo merepek sudaaa. medulla oblongata aku dah gelong. involuntary action dengan voluntary action pun dia tak reti nak beza dah. haha hiperbola gila kan?

the tiny little brain of mine is ready to crack
aini boleh la kau. theehe. dun wori be positive
hari ni meronda sakan. kak iza thanks pinjamkan kancil fast n furious 5. haha
tulang kaki dah boleh patah tapi nasib baik aku kuat.hoyeah kitorang kuat!
demi uitm tercinta lah weh. ingat tak de keje ke? huaaaaaaa
n lepas tugas, we surely need rest.such a tiring day.mcD sedas!

jangan tanya kenapa kak iza mcm tu haha

si mok si bam. OVER ATHL DEPT. suke bace. xthu npe

topiii ajaib!

bak kata fuad ' ko kene kiri sikit bru strike' ngeh3
n fuad, thanks bagitau ni
'bola bowling dlm pounds, bukan kilo la aini'
aku malu di tempat kejadian huuuuuu =_='

korang the best. ingat tu.

n baju hijau kotak kotak saye dah nak kena jahit sebab satu butang tanggal tersangkut hanger apebendetah kat tiang.huhu ganas sangat kenapa tak tahu la anak jalil dgn siti ni. aku selalu bayangkan mak ayah aku mase mude. mesti rock kan? sebab tu anak die ganas sikit. tapi macam biase la, dalam hati ade taman. wahahah

actually lah, sometimes human faces many kind of difficulties. but somehow, Allah tahu yang kita boleh tempuh all the difficulties. thats why dia uji kita macam macam dan kadang kadang bertimpa timpa. i keep reminding myself about that. n i believe after many sorts of challenges in life, akan ada hikmah yang Dia nak beri. tak kira lah aku nangis banyak mana pun, aku still percaya benda ni. nangis untuk legakan hati dan luahkan perasaan kita. nangis bukan untuk meratapi. kadang2 kita terlalu fikirkan masalah sampai kita lupa kegembiraan kita, orang orang yang sayang pada kita. termasuklah aku kan. haha. 'masalah sentiasa ada, tapi tu adalah pengalaman sementara membesar' -ayah. so apa yang perlu, face the problem. dont give up.

ayah- thanks. until now, semua kata2 ayah akak tak pernah lupa.
kaunselor dan hero terbaik kakak.
i've found my prince, but you will always be my king ;)

this is for me and everyone :)