Thanks ! anda yang ke :

I CARE

6.12.15

Engagement- 6/6/2015


Assalamualaikum

Saja nak upload gambar tunang :)
Gara gara rindu cik tunang; que sebab sorang di terengganu, sorang di KL. jadi jarang sangat jumpa. tapi Alhamdulillah dia sangat memahami. Doakan kami ke jinjang pelamin!


 



 



    




gambar que dan aini tak banyak. haha sebabnya kitorang tak boleh nak photoshoot sgt sebab baru tunang kan. hehe. mak tengok semacam je nanti. baru tunang dah nak over. haha! paling tak boleh belah, masa tunang ada orang tu datang pakai t-shirt hitam round neck dengan jeans je. dia ingat hensem ke cenggitu? haha. takpe. yang penting confident katanya. t-shirt ke, baju melayu ke, yang penting dah selamat bertunang. tq datang jauh jauh semata mata untuk ini. tq jugak sudi amik saya sebagai bakal isteri dan bakal makmum seumur hidup awak. saya yang tak seberapa ni. Alhamdulillah. 

Sekarang ni, doa moga Allah permudahkan jalan kita, dan manfaatkan tempoh kita nak perbaiki diri sebelum ke peringkat seterusnya. InshaaAllah.




10.10.15

Alhamdulillah - i am blessed. Tq Allah. Everybody can succeed.


Assalamualaikum!

banyak bulan dah berlalu, dah lama tak menaip di sini kan hehe. Alhamdulillah aini dah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu dalam jurusan M.Sc Science in Aquaculture. masih cuba menyesuaikan diri di sini sejak datang terengganu bulan Sebtember hari tu, InshaaAllah dapat terus di sini untuk beberapa bulan lagi.

sebelum aini sambung belajar, Alhamdulillah aini dah selamat melangsungkan pertunangan dengan encik tunang pada 6 Jun 2015. hehe buat kecil kecilan saja. banyak yang aini prepare sendiri dan bersyukur sangat dah selamat berlangsung.

hari ni bukan ape, bukak blog sebab library terengganu ni wifi dia sangat excellent!! haha. rasa smooth je. nak buat mini project pun heaven gilaa. haha bisnes masih diteruskan. study masih seperti biasa cuma level tu dah naik dah. menuntut ilmu ni bukan senang. deadline, submitting, cari sources, macam macma kena buat. jadi wajarlah bila orang orang study ni dikatakan syahid kalau meninggal dunia ketika menuntut ilmu. Nabi Muhammad s.a.w sendiri dah kata, tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. bukannya carilah duit sampai ke liang lahad. jadi selagi mampu, tutut lah ilmu.

banyak orang tanya kenapa kau smabung study? tak nak kerja ke? atau tak dapat kerja? dah bertunang, kenapa lambat lambat kahwin? tak takut? aini senyum je walaupun dalam hati agak terasa di situ. hehe. kita boleh dengar apa orang cakap, tapi jangan diikut saja. hanya kita tahu situasi kita sndiri dan kita saja yang tahu kenapa kita amik keputusan macam yang kita nak. bagi aini, cita cita aini nak jadi lecturer dari dulu lagi. Alhamdulillah encik tunang sangat memahami. mak ayah pun sangat supportive. biarlah apa orang nak kata. aini tau, orang orang yang sentiasa menyokong aini ada dengan aini. i am happy!

inshaaAllah aini akan grad master tahun depan, kahwin dengan orang yang aini sayang, dan kalau ada rezki, aini akan kerja, sara mak ayah sambil sambung PHD. doakan satu hari nanti, depan office aini ada tanda ni - Dr. Nurul Aini bt Abdul Jalil.

happy day everyone :)

1.3.15

Back to school. Guru sandaran - Cikgu Aini



Assalamualaikum! 

Alhamdulillah bulan Februari hari tu satu azam 2015 dah tercapai iaitu nak grad degree Bachelor of Science (Hons.) in Marine Technology dengan pointer 3.00 ke atas dah tercapai. Alhamdulillah. Nanti naik pentas konvo dah boleh dapat bintang. hehe. InshaaAllah konvo hujung bulan lima ni. jadi ada banyak masa terluang untuk diisi. Kerja dah banyak yang diapply dan masih menunggu jawapan. master pun nampaknya lambat lagi nak tau result. jadi untuk tak membuang masa, aku apply kembali posisi guru sandaran iaitu pekerjaan lama aku masa tunggu result sambung degree pada 2012.

tup.. tup.. dapat sekolah yang sama macam dulu.. SK Seberang Jaya 2. nak kata happy sangat tu, biasa biasa ja, nervous lagi ada la. haha. banyak cikgu yang dah ditukarkan. tapi, banyak lagi yang stay. tak sangka majoriti cikgu dan student kat sini masih ingat muka serebeh ni. haha. cuma nama saja dah lupa. ada yang panggil adilah la, ain la, dan bila bagitau nama, baru ingat balik. please imagine how i feel! rasa appreciated gilaa ah! hehe rasa nak lompat lompat tapi aku masih ingat bahawa aku ni cikgu walaupun hanya sebagai guru ganti hahah!

bagusnya cikgu cikgu di sini, majoriti tak lokek nak kongsi ilmu. banyak bercerita, bagi nasihat dan pandangan walaupun rata rata 10 tahun lebih tua dari aku yang muda mentah setahun jangung lagi haha. setiap pagi, kalu jumpa di pejabat, tak kisah la yang muda atau yang tua, diorang akan bagi salam. dan bila tiba masa nak balik, ucapan terima kasih akan keluar dari mulut masing masing. kita sebagai yang baru ni rasa seronok nak mengajar dan bergaul dengan office mates sebab rasa sangat dihargai. 

mungkin sebab faktor murid murid yang banyak ragamnya, cikgu cikgu di sini jadi lebih supportive untuk satu sama lain. walaupun muda mentah lagi, mereka tak sombong dan bersedia untuk mendidik sesiapa saja. Alhamdulillah. aku pun masih dalam proses nak mengenal lagi kerjaya ni, serta warga sekolah ni. so pray for the best dan pandai bawak diri. tawakkal dan cekalkan hati. Aminn! 

btw sapa sapa yang nak apply untuk guru sandaran masa korang tengah tak buat apa apa di rumah tu, boleh la baca Macam Mana Nak Apply Guru Sandaran naa hehe. kalau minat apa salahnya cari pengalaman dulu ok. tak salah pun. kita bagi ilmu kat orang, sampai mati dapat pahala kalau ilmu tu terus disebarkan. inshaaAllah 

love, Cikgu Aini.




11.1.15

Azam 2015


Assalamulaikumm! hehe


lamanya tak post kat blog. sangat busy! hehe Alhamdulillah business masih berjalan. study masih diteruskan. yay! ada tanya lepas degree nak buat apa? kerja? master? nak sambung inshaaAllah. hehe doakan la yep.

deisebabkan gap banyak hari exam, boleh la menulis blog kejap. sebab sebelum ni memang tak menag tangan. dengan final projectnya, dengan exam nya, dengan business nya, test, dan segala bagai. ehem. rasa macam dah matured sikit la hahah!

disebabkan new year baru je berlalu, nak tulis azam sikit lahhh hehe

1) grad degree dengan 3 pointer ke atas
2) tunang
3) master
4) turunkan berat badan dan get rid of benda paling benci : perut boroi n dagu berlapis. hahahahah
5) beli kereta
6) bagi duit bulan bulan kat mak ayah
7) jadi lebih berseri cantek dan lawa, luar dan dalam (cewah) haha
8) berubah menjadi lebih baik untuk keluarga, bangsa, dan agama!


wahh banyak nye azam. haha. moga moga tercapai Aminnn!