Thanks ! anda yang ke :

I CARE

2.7.13

Ciri Ciri Orang Kepala Batu


Assalamualaikum

ni bukan level keras kepala lagi dah. ni level kepala lesung batu. orang orang yang kepala batu ni kadang kadang bagus jugak untuk kepentingan diri dia sendiri. tapi masalahnya lebih banyak menyusahkan bagi yang mempunyai kombinasi terlebih confident, suka mencapap (mempopularkan diri sendiri) dan rasa diri sentiasa betul plus, tak boleh nak terima opinion orang lain.


1. tak boleh terima teguran

" Eh kau tak boleh buat mcm ni, nanti haru biru jadinya majlis"
"Takpe, takpe, boleh punye. aku tau la aku dah pernah handle event"

dia jawab dengan penuh confident walaupun baru handle dua event. padahal yang mengur tu dah bepuluh kali involve in organization of any event. confirm confirm la yang lagi banyak makan garam tu betul. takkkkk, nak jugak buat sampai last last bila serabut, dia salahkan orang. menunding jari. tunggu aku kerat jari kau.


2. menyalahkan orang lain

"Weh lepas ni aturcara tukar. aku nak kau buat macam ni"
"Eh kenapa kau tak bagi tahu masa rehearsal tadi? kan kita dah setuju nak buat sama sama ikut yang dah decide tadi?"
"Tu lah kau tak take note"

pffftttt. take note kepala hotak kau. bila masa kau cakap la cela**. take note dlm kelas je. tengok muke kau pun aku dah tak kebulur nak pegang note book ape lagi nak take note ape yang kau cakap.




3. tak hormat orang

"Manap, apa kata kalau kita letak backdrop ni kat..."
"Oi Manap, jum makan ikan bakaq lepas event kat Kuala Pilah. sedap"
"Eh tak reti respect orang ke tengah buat kerja? Potong cakap orang suka suka hati"

suka memotong percakapan orang tanpa sebab. bak kata classmate aku, bila kita potong percakapan orang, orang tak akan respect kat kita. maybe dia suka potong percakapan orang because dia nak grab attention sebab tak cukup kasih sayang kut. tah tak tau la aku. yang pasti aku menyampah


4. tidak hormat pada yang lebih tua

bila bercanggah pendapat tentang politik terutamanya, tak perlu kut nak defend and so on. biarlah dia dengan opinion dia. kalau ye pun nak membantah, tak perlulah emo sangat menunjukkan yang kau sangat obeses tahap nak meninggal terhadap parti yang kau sokong tuh. mane pergi hilang adab kau sebagai orang lebih muda? ghaib dengan kekalahan parti ke derr?


4. diri sendiri saja betul

satu organisasi dah complain. takkkk, dia je yang betul sampai bergaduh gaduh. hish tak kuasa aku nak kerja dengan kau lagi. i will indeed leave the organization rather than working with you.

lepas tu tak lama kemudia mula meminta maaf dari semua orang mnyatakan jika ada salah dan silap maafkan lah. maaf tu bole bro, tapi jangan expect more la. jumpa pun kalau boleh better tak kut. see yourself before pointing your finger to me la. empat lagi jari tu tunjuk kat kau jugak kan?


sekian entry yang emo dari saya hari ini. oh emo juga tak bagus untuk leadership, sebab tu saya tak layak jadi ketua. hehe tq for reading!





12.6.13

SCUBA DIVING IN TIOMAN ISLAND

Asslamaulaikum

SCUBA DIVING. how cool is that huh? hehe. tioman island adalah salah satu pulau tercantik di Asia Tenggara. tambah tambah masa kitorang pergi untuk diving, cuaca memang tip top. siap bila timbul di permukaan, boleh namak pelangi between bukit bukau kat tengah pulau. amazing di permukaan, lagi amzing di dasar laut.

Subahanallah. tu je yang mampu diucapkan masa tengok macam macam hidupan laut. hampir hampir nak menangis tengok kekuasaan Allah. kalau lah aku hanya di daratan dan tak de kesempatan menyelam macam ni, aku takkan mampu tengok semua ni. ini pun hanya sebahagian kecil je kuasa Allah. lagi dalam lagi belum sampai, betapa hebatnya Dia.




ini pada kedalaman  12 meter di bawah air. bayak ikan yang kitorang jumpe. trigger fish, baracuda, sea urchin, starfish, gamat, dan large sponges. masa meredah ikan yang banyak tu, sangat amazing. semacam satu playground untuk diorang. semua ikan hepi, berenang bebas.  






ni semasa kelas dan taklimat untuk diving keesokkan harinya. semua tekun je dengar sebabnye dalam laut nanti tak boleh main main, tak boleh seronok sangat. everything yang instructor cakap memang akan dilakukan dalam laut nanti. 

contohnya apa yang perlu kita buat kalau in case tercabut mask dalam laut, gas tercabut, buddy kita kekurangan udara, atau pun berkongsi udara. semua tu kitorang practise dalam laut sampai lah dah boleh buat, baru instructor akan proceed untuk dive.




ini boleh dikatakan sebagai markas kitorang la hehe. ini barang2 yang semua wajib amik resposibility sebabnye kalau barang barang hilang, takut kelengkapan untuk turun ke laut tak mencukupi






ini semasa melakukan dive ke lima di pulau rengis dan pulau tomok. tak sabar nak tunjuk gambar gambar ni kat mak dan ayah. tak puas cakap melalui phone sajee. hehehe








kat belakang ada pelangi. nampak tak? hehe. cantikkan? hopefully lepas ni ada rezeki lagi untuk pergi diving sebab masing masing dah dapat lesen untuk Open Water Diving! hehe. 

sepanjang di tioman, memang seronok, tapi rindu pada orang di arau tak payah ckp la. untung dia memahami dan meyokong puteri dia ni. satu hari nanti, kita jadi buddy and dive together ok! tq sayang!

GO GO PADI DIVERS!!!!!!!

24.5.13

PENANG PORT DAY


Assalamualaikum

yesterday Madam Nani dah bawak kitorang sekelas melawat Penang Port, and Jabatan Laut Penang. bukan saje melawat, tapi siap kena buat report dan hantar sebelum final. wee~ even aku orang penang tapi sekali pun belum pernah masuk sampai ke dalam kawasan bangunan port. so opportunity berharga ni takkan la nak lepaskan pulak kan. hehe. mamandangkan nak balik rumah terus, macam biasa sweetheart akan hantarkan ke tempat tunggu bas. 




kitorang bertolak pukul 7 pagi dari UiTM Perlis dan sampai lebih kurang pukul 10 lebih lebih jugak la sebab berhenti untuk breakfast kat Gurun. selain kitorang, ada jugak budak budak tadika n budak budak sekolah yang nampaknya macam on the way jugak nak pegi lawatan. hehe




lepas sampai je, kitorang diberi taklimat tentang port dan banyak pertanyaan yang dikemukakan oleh kitorang sampai encik yang tukang nak menjawab soalan tu pun dah tak larat nak jawab. haha sampai last last dia cakap 'dah dah. last three questions' hehe. dalam pada tu jugak sempat la dia buat lawak sebab dah tak sabar nak makan.




makan makannnn.. aum aum. ahaha



ok yang buat peace tu madam kitorang
. 


quay cranes di dalam kawasan port. unfortunate ly dah tak boleh masuk lebih pagar tu sebab ada kes kemalangan melibatkan orang awam sampai mati baru baru ni. huhu scaryyy







ahah. yep safety first. of course :)


peneman sepanjang dalam bas. long journey jadi fun la sikit boleh bace bace buku citer. therefore, sekarang ni dah kena mula buat report!! yaahhhh. ok till next time. peace yo




19.5.13

THOUSANDS OF LIGHTS. AT LAST!!

Assalamualaikum

dah lama sejak duk taram nak tengok lampu di dalam istana Arau secara live. secara dekat. dari sejak zaman diploma lagi, kalau ada lampu lampu yang cantik dipasang di istana Arau tu, sorang sorang pun boleh jadi excited sendiri. hehe selalu nak motor je lalu depan istana tu.huhu sedih je tak dapat tengok lama lama. 

semalam at last! istana Arau dibuka untuk public sempena birthday tuanku. 18 Mei dan 19 Mei 2013 dari 8.30 hingga 11.45 malam kalau tak silap. ape lagi, ajak que la pegi. mula mula macam tipis je harapan nak pegi sana. cuma cakap dekat dia, kalau sempat bawak la pegi tgk istana Arau. unfortunately, malam yang sama ada grouping motor budak budak ROYAL. sebagai kepala takkan la nak halang dia pergi kan. plus, segan pulak nak join gathering diorang. 

but suddenly he said dia nak amik dan bawak pegi sana. ok alang alang ikut je. sampai sana ada budak budak ROYAL sekali nak masuk istana. hehe terjebak la nampknyaa. takpe lah. terima kasih jugak sebab sudi bawak tengok lampu!!! eeii seronok! ict? tak heran! hahaha bongkak jap



que sedang adjust helmet kat moto



this isssssssssss heavennnnnnnnnnnnnn wuuuuuuuu.
time ni dah tak kesah dh kalau sesat pun. haha cahaya di mana mana saja. 



cantik siakkkkk kau pokok. amik satu letak depan rumah bole?? jenuh nak bayar bil letrik kauuuu.



tak puas amik gmba kt phone que. saye pun nk gmba jgk! haha. plus, malas nk mintak dia bluetooth kan. nanti nanti lahhh~



70th birthday. may Allah bless you



lastly, lepas jalan jalan, penat, isi perut dulu. kemudian ke tugu harum manis di kangar. diharap group ROYAL akan terus berkembang serta bercambah. eceh ayat nak skema je. haha

rumah nanti nak buat satu bilik glow in the dark. ada bintang bintang dan bulan bulan kat siling untuk baby. mane tahu besar nanti jadi angkasawan hihi. hopefully. amin

till next time. bye! :)