Thanks ! anda yang ke :

I CARE

6.12.15

IFS 2015, Penang, Malaysia.


Assalamualaikum

Sebenarnya kena paksa ikut conference ni. haha. subject requirement untuk kelas Prof Abol. Jadinya, kita follow je lah. Boleh la dikatakan kami tujuh orang sekelas dianak tirikan sebab tajaan hanya separuh untuk kami, tapi ape susah, kita enjoy! hehe penang is fun! (except dengan bunyi hon kereta selang 10 minit)

Memang kalau nak dibandingkan penang dengan terengganu, sepuluh kali lagi better penang. tapi semua orang tahu semakin membangun sesuatu tempat tu, stress level dia makin naik kan? jadi, samalah seperti penang. too much sound pollution and irresponsible driver. but penang sangat interesting. banyak bangunan lama, muzium, makanan terbaik, dan paling aini suka, akuarium dekat jalan burma. wajib kena visit sebab tak perlu fees pun untuk masuk!

kitorang bertolak dari terengganu pada pagi 30/11. jadinya, setelah 10 jam dalam bas, sampailah kitorang. terus check in di Tune Hotel, Jalan Burma, George Town. Lepas tu, dapat tau pulak conference sebenarnya start 2/11. So aini contact best friend aini yang tengah study di USM, mintak tolong bawak kitorang jenjalan. Sambil tu, amik kesempatan untuk melawat abah chaq aini yang baru keluar hospital


having fun in Mydin Jalan Baru, Penang


right after that, sebelum balik ke hotel, kitorang ke akuarium bersebelahan Tune Hotel tu. banyak sangat binatang comel! sumpah comel! haha. hati rasa shrinking sebab gram nak picit ikan ikan kt situ. ikan emas gemokkkk! haha


 

 
  


bila conference start, Alhamdulillah banyak sangat pengalaman dapat. semua Dr. dan Prof. yang datang dah macam buku ada dalam dada dah. Semua info diorang ada. Cuma tinggal tanya je. banyak sangat kajian dari Vietnam, India, Thailand, Indonesia dan Malaysia yang dibentangkan. peluang libatkan diri sangatlaaaa bernilai. lepas balik ni nak kena buat report banyak banyak. hehe jadinya, kitorang enjoy enjoykan diri selagi mampu enjoy hehe



 
venue event di Gurney Hotel

 
omg nampak muka penat gilaa haha

 
dengan Dr. Liew


jumpa lecturer lama kitorang, Madam Nani yang tengah amik PHD di USM




swimming pool tingkat 7 di Gurney Hotel. sakan sgt posing aihh 



Gurney Beach


pasemboq gurney drive :)


and last but not least, tq UMT for this precious experience (walaupun 20 jam dalam bas perjalanan pergi balik penang terengganu hahah!) :)



Engagement- 6/6/2015


Assalamualaikum

Saja nak upload gambar tunang :)
Gara gara rindu cik tunang; que sebab sorang di terengganu, sorang di KL. jadi jarang sangat jumpa. tapi Alhamdulillah dia sangat memahami. Doakan kami ke jinjang pelamin!


 



 



    




gambar que dan aini tak banyak. haha sebabnya kitorang tak boleh nak photoshoot sgt sebab baru tunang kan. hehe. mak tengok semacam je nanti. baru tunang dah nak over. haha! paling tak boleh belah, masa tunang ada orang tu datang pakai t-shirt hitam round neck dengan jeans je. dia ingat hensem ke cenggitu? haha. takpe. yang penting confident katanya. t-shirt ke, baju melayu ke, yang penting dah selamat bertunang. tq datang jauh jauh semata mata untuk ini. tq jugak sudi amik saya sebagai bakal isteri dan bakal makmum seumur hidup awak. saya yang tak seberapa ni. Alhamdulillah. 

Sekarang ni, doa moga Allah permudahkan jalan kita, dan manfaatkan tempoh kita nak perbaiki diri sebelum ke peringkat seterusnya. InshaaAllah.




10.10.15

Alhamdulillah - i am blessed. Tq Allah. Everybody can succeed.


Assalamualaikum!

banyak bulan dah berlalu, dah lama tak menaip di sini kan hehe. Alhamdulillah aini dah melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Terengganu dalam jurusan M.Sc Science in Aquaculture. masih cuba menyesuaikan diri di sini sejak datang terengganu bulan Sebtember hari tu, InshaaAllah dapat terus di sini untuk beberapa bulan lagi.

sebelum aini sambung belajar, Alhamdulillah aini dah selamat melangsungkan pertunangan dengan encik tunang pada 6 Jun 2015. hehe buat kecil kecilan saja. banyak yang aini prepare sendiri dan bersyukur sangat dah selamat berlangsung.

hari ni bukan ape, bukak blog sebab library terengganu ni wifi dia sangat excellent!! haha. rasa smooth je. nak buat mini project pun heaven gilaa. haha bisnes masih diteruskan. study masih seperti biasa cuma level tu dah naik dah. menuntut ilmu ni bukan senang. deadline, submitting, cari sources, macam macma kena buat. jadi wajarlah bila orang orang study ni dikatakan syahid kalau meninggal dunia ketika menuntut ilmu. Nabi Muhammad s.a.w sendiri dah kata, tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. bukannya carilah duit sampai ke liang lahad. jadi selagi mampu, tutut lah ilmu.

banyak orang tanya kenapa kau smabung study? tak nak kerja ke? atau tak dapat kerja? dah bertunang, kenapa lambat lambat kahwin? tak takut? aini senyum je walaupun dalam hati agak terasa di situ. hehe. kita boleh dengar apa orang cakap, tapi jangan diikut saja. hanya kita tahu situasi kita sndiri dan kita saja yang tahu kenapa kita amik keputusan macam yang kita nak. bagi aini, cita cita aini nak jadi lecturer dari dulu lagi. Alhamdulillah encik tunang sangat memahami. mak ayah pun sangat supportive. biarlah apa orang nak kata. aini tau, orang orang yang sentiasa menyokong aini ada dengan aini. i am happy!

inshaaAllah aini akan grad master tahun depan, kahwin dengan orang yang aini sayang, dan kalau ada rezki, aini akan kerja, sara mak ayah sambil sambung PHD. doakan satu hari nanti, depan office aini ada tanda ni - Dr. Nurul Aini bt Abdul Jalil.

happy day everyone :)

1.3.15

Back to school. Guru sandaran - Cikgu Aini



Assalamualaikum! 

Alhamdulillah bulan Februari hari tu satu azam 2015 dah tercapai iaitu nak grad degree Bachelor of Science (Hons.) in Marine Technology dengan pointer 3.00 ke atas dah tercapai. Alhamdulillah. Nanti naik pentas konvo dah boleh dapat bintang. hehe. InshaaAllah konvo hujung bulan lima ni. jadi ada banyak masa terluang untuk diisi. Kerja dah banyak yang diapply dan masih menunggu jawapan. master pun nampaknya lambat lagi nak tau result. jadi untuk tak membuang masa, aku apply kembali posisi guru sandaran iaitu pekerjaan lama aku masa tunggu result sambung degree pada 2012.

tup.. tup.. dapat sekolah yang sama macam dulu.. SK Seberang Jaya 2. nak kata happy sangat tu, biasa biasa ja, nervous lagi ada la. haha. banyak cikgu yang dah ditukarkan. tapi, banyak lagi yang stay. tak sangka majoriti cikgu dan student kat sini masih ingat muka serebeh ni. haha. cuma nama saja dah lupa. ada yang panggil adilah la, ain la, dan bila bagitau nama, baru ingat balik. please imagine how i feel! rasa appreciated gilaa ah! hehe rasa nak lompat lompat tapi aku masih ingat bahawa aku ni cikgu walaupun hanya sebagai guru ganti hahah!

bagusnya cikgu cikgu di sini, majoriti tak lokek nak kongsi ilmu. banyak bercerita, bagi nasihat dan pandangan walaupun rata rata 10 tahun lebih tua dari aku yang muda mentah setahun jangung lagi haha. setiap pagi, kalu jumpa di pejabat, tak kisah la yang muda atau yang tua, diorang akan bagi salam. dan bila tiba masa nak balik, ucapan terima kasih akan keluar dari mulut masing masing. kita sebagai yang baru ni rasa seronok nak mengajar dan bergaul dengan office mates sebab rasa sangat dihargai. 

mungkin sebab faktor murid murid yang banyak ragamnya, cikgu cikgu di sini jadi lebih supportive untuk satu sama lain. walaupun muda mentah lagi, mereka tak sombong dan bersedia untuk mendidik sesiapa saja. Alhamdulillah. aku pun masih dalam proses nak mengenal lagi kerjaya ni, serta warga sekolah ni. so pray for the best dan pandai bawak diri. tawakkal dan cekalkan hati. Aminn! 

btw sapa sapa yang nak apply untuk guru sandaran masa korang tengah tak buat apa apa di rumah tu, boleh la baca Macam Mana Nak Apply Guru Sandaran naa hehe. kalau minat apa salahnya cari pengalaman dulu ok. tak salah pun. kita bagi ilmu kat orang, sampai mati dapat pahala kalau ilmu tu terus disebarkan. inshaaAllah 

love, Cikgu Aini.




11.1.15

Azam 2015


Assalamulaikumm! hehe


lamanya tak post kat blog. sangat busy! hehe Alhamdulillah business masih berjalan. study masih diteruskan. yay! ada tanya lepas degree nak buat apa? kerja? master? nak sambung inshaaAllah. hehe doakan la yep.

deisebabkan gap banyak hari exam, boleh la menulis blog kejap. sebab sebelum ni memang tak menag tangan. dengan final projectnya, dengan exam nya, dengan business nya, test, dan segala bagai. ehem. rasa macam dah matured sikit la hahah!

disebabkan new year baru je berlalu, nak tulis azam sikit lahhh hehe

1) grad degree dengan 3 pointer ke atas
2) tunang
3) master
4) turunkan berat badan dan get rid of benda paling benci : perut boroi n dagu berlapis. hahahahah
5) beli kereta
6) bagi duit bulan bulan kat mak ayah
7) jadi lebih berseri cantek dan lawa, luar dan dalam (cewah) haha
8) berubah menjadi lebih baik untuk keluarga, bangsa, dan agama!


wahh banyak nye azam. haha. moga moga tercapai Aminnn!






30.10.14

MERABAN


Assalamualaikum

laaamanyaaa tak update blog! hehe hidup pun dah banyak yang berubah. dah banyak perkembangan, penurunan, kenaikkan. dan jugak kematangan dalam penulisan. banyak beza post aku dulu dan sekarang. sangat banyak. malu pulak kadang tu bila baca balik.

tak nak banyak pun, aku cuma nak kan kebahagiaan dan kesihatan dalam kehidupan. mudah segala. rezeki tak putus. cukup untuk aku dan orang orang yang aku sayang. 

perkembangan pelajaran? Alhamdulillah dah semester akhir degree. Alhamdulillah. banyak dugaan dan rintangan, tapi still kuatkan hati. terima kasih Allah, mak ayah, Qaiyum, adik adik. terima kasih sangat. tanpa kalian tak dak aku kat sini. 

kawan kawan baik aku. intan, lisa, mimi, iza, hanis, shak, fathin. lama dah kawan. macam adik beradik dah. rindu woi. rindu haha. Alhamdulillah Iza dah selamat jadi bini orang September lepas. first among us. lepas ni tunggu jadi mak cik. haihh sedih tengok gambaq lama. haha muka tak dak nur langsung masing masing. haha






selain tu, masa depan dah ada perancanagan, tapi masih samar samar. dan Alhamdulillah, last week rezeki Allah nak bagi. Disember ni akan ke Putrajaya untuk pembentangan peringkat nasional. InshaaAllah. doakan.



10.7.14

PRAY FOR PALESTINE

Bismillah

selamatkan mereka
hidupkan hati hati kami
pelihara saudara saudara kami

saat dibedil
saat di henyak peluru yang buta jiwa
bergelumang debu pasir peluru
gugur hapus dalam tangis

yang suci diacu senapang
dipotret kehidupan dengan kezaliman
hanya mati itu yang bebas
bila caranya hanya kembali padaMu

anak mata yang berlinang tubir matanya
merayu saat lapar
saat sakit dan hiba
ketika tiada siapa siapa
bila hilangya anak dan suami
isteri dan sahabat
ibu dan ayah

tangan ini tidak mampu
kaki ini cuma mampu menyokong
sujud dan duduk menghadapnu
selain ditadah untukMu
ditadah merayu ya Allah

peliharakan mereka ya Allah
pelihara mereka sesungguhnya ya Allah
pelihara saudara saudara kami ya Allah
sujudku padamu meratap selamatkan mereka ya Allah

Amin ya Rabb

(Ainijalz, 2014)





9.1.14

Barakallah Hilmi dan Lia ! hehe


assalamualaikum.. cerita last last week ni.. hehe
best friend, merangkap geng geng DC iaitu hilmi kawin last week.. so tanpa membuang masa, member member kena lah ada kan.. hehe.. menghadap perjalanan selama 7 jam di atas bas, dengan lapar nya, dengan lenguhnya.. haha gamble je.. sampai sampai ja ada yang menyambut.. seronok tak ingat la kan.. malam terus ke rumah pengantin lelaki, tolong bawak hantaran, tolong bg support kat hilmi.. hehe nervous beliau ketara sangat, kalah nak amik exam.


breakfast dengan big bos 



pengapit dan pengantin. ni masa bersanding di rumah pengantin perempuan. awal pengantin sampai. pukul 1 dah kat depan rumah. kite pun menyibuk skali la. 



family belah KL



pengantin makan beradab hehe


May Allah bless Hilmi and Lia, may everything goes well. Barakallah :)

5.1.14

My Testimony of Mizz Beauty and Emilay Whitening Clear Spot


hi! assalamualaikummm. bismillah. huh dah bersawang blog ni ha. hehe hanya nak share dengan semua, info kalau anda masih tercari cari produk yang berkesan dengan wajah dan tubuh. haha. ok nak kongsi dengan anda semua tentang kebekersanan produk ni. aini mmg confident sangat sebab aini dah try!

i have been trying to find a product that is suitable for my skin and thank Allah, i finally found it! well, so far, Mizz Beauty and Emilay proved it! Alhamdulillah! bukan saja wajah, badan pun nampak perubahan bila consume emilay ni. badan jadi lebih bertenaga, tempat tempat gelap di seluruh badan pun dah cerah (hihi malu nak cakap). 

aini dah pakai dua dua produk ni selama 3 bulan. dan hasilnya ni lah. sangat sangat puas hati! yelah, memang orang cakap natural beauty is the best, tapi kita sebagai orang perempuan, kenalah jaga kecantikan yang Allah bagi kan? Allah pun suka benda yang cantik cantik :)


first picture masa awal bulan september 2013 baru start nak amik emilay dan mizz beauty. sampai last picture, hujung bulan disember 2013. consume emilay and bertukar skin care kepada mizz beauty



gambar masa raya aidilfitri tahun 2013, gambar kanan januari 2014. muka berminyak dan liang pori besar. sekarang kalau amik cmbr dekat dekat pun dh confident!



gambar kiri sebelum consume emilay iaitu pada jun 2013, gambar kanan masa november 2013. pegi padang besar, perlis yang panas tu tanpa make up atau sunscreen sbb terlampau nak rush. haha gamble je. 




semua gambar tanpa edit dan tanpa compact powder, makeup, dan sebagainya. cuma day cream Mizz Beauty saja. hehe 360 ke ape tak payah nak pakai dah. rata rata kawan kawan lama dan saudara jauh yang jumpa aini sekarang akan tegur cakap kulit dah cantik dan makin cerah. i highly recommend these product to all girls and women out there. semua lapisan usia boleh pakai. dari umur 16 hingga lah 50-an sebab bahan yang digunakan adalah ORGANIK. so rasa was was dah takde 

ingat, cantik luat je tak guna kalau dalaman terabai. hehe. try Mizz Beauty dan Emilay!! :D


hehe ni gambar latest. dgn sweetheart dan little sweetheart <3 p="">

more testimony whats app aini 0192067402.. Assalamualaikum. may Allah bless us all hehe :D

8.12.13

FULLFRIEND-SHIP


i just don't care
if friendship is what you are looking for
then i am not the right person

i can't stand being left out when you are having fun
ignoring me

just don't think of me as a best friend
jump and jump

stick to the right person at the right time
taking advantages
that's not me

i prefer being alone than to ruin others feeling
that's me
i prefer being trouble just to get to my friend
that's me

but until now,
only certain deserve it
but they are far
and i need to survive without them

but then,
if friendship is what you are looking for
that's just not me

don't blame me for my trust issues
coz i have been stabbed right on my back million times before

AINIJALZ 8.12.13



4.9.13

LABUH LABUH


Assalamualaikum

okeyh lately very busy with my short course and my final examination. and now it's time for holiday! yuhuuuu.

i have been trying to find some 'labuh' clothes recently. try to change to be better i guess. hopefully amin. slowly and honestly. well labuh clothes or longgar are quite comfortable and you can make it stylish too but be sure not to be over the limit.

labuh is cool what!

see, anything that is labuh which covers your aurat is just okay.

nowadays, even jubahs are trendy. i have made some tour around the internet, searching for muslimah outfit.

some wears maxi gown with long cardigan and shawl, palazzo pants with long blouse and pashmina, but for sure, they covers their 'assets'. muslims woman nowadays are more creative in the way they dress up.

i am sooo in love with some palazzo pants i found on the internet!! lol. 










6.8.13

PUISI TANPA NAMA

Assalamualaikum

ku lihat dia duduk sendiri
membilang harinya
wajah tua yang makin pudar
ku tahu hatinya merintih

maafkan aku
aku tak daya
aku hanya bersahaja
bersama daya peka
hanya mampu menafsir

jiwa itu kudus barangkali
kasih sayang ada
tapi bisa menjadi kejam
melempias marah tanpa hala
hingga gugur air mata

maafkan aku
aku tak daya
kerana mungkin aku
kadang tak perlu ada


LITTLE PRETTY HAND/SLING BAG TO LET GO


Assalamualaikum

raya is just around the corner. nothing much today, i just wanna let go some of my stuffs in case ya'll are interested. 

this pretty little bag i bought from china are made from leather+other fabric. so, if anyone is interested, pm me on my fb or comment here for any questions and negotiations. hehe fyi, i never use it before. 

just click here for my fb: Aini Jalz




thank you! 

2.8.13

A WALK TO REMEMBER



Assalamualaikum

first things first. thanks to fafa yang dah bawak round KL during our last week in UiTM Shah Alam before raya puasa. we went to KLCC, pavillion and sungai wang. idk why tempat tu panggil sungai wang. bila tanya fafa, dia jawab "maybe sebab kat sini duit banyak mengalir kut". haha seems legit. here are my pictures. ignore muka sembab sebab tak cukup tido atau penat tu sebab lepas balik kelas terus travel ke sini dengan public transport. 



kalau boleh naik pentas, dah lama aku naik


tak tau tu posing ape. ayat nk promot pavi je kan? 



ni masa nak naik putra. orang belakang tu sibuk taktau la sape.



bila UiTM Perlis nak buat air  pancut macam ni kat roundabout? hehe



actually yang gantung gantung tu ketupat. 



lagi satu "berselera betul macam juadah berbuka puasa di Pavillion KL" lol


so after bejalan sakan kat tempat tempat di atas, kitorang decide untuk naik monorail balik ke sungai buloh. unfortunately, my token hilang masa berebut naik monorail! clumsy giler. nasib baik pak cik yang jaga gate tu bagi lepas. kalau tak memang tak balik la kitorang. huhu. dalam tengah seronok pun boleh jadi bende yang unpredictable.

btw selamat berhari raya maaf zahir batin!! may Allah bless us all. amin

28.7.13

PAST AND FUTURE TALK


Assalamualaikum

this week berbuka puasa dengan family jauh. jauh di KL. hehe tapi dah jadi dekat sebab i am doing my intersession in UiTM Shah Alam. Alhamdulillah sangat sangat sebab ada keluarga kat sini yang baik hati. in fact, ini la my future family, inshaAllah, iaitu family Qaiyum. 

dah lama tak menaip kat sini sebab busy sangat. ni nak meraban pulak. haha. actually my ex cuma ada dua orang. itu pun tak serius tera mana sangat la becintun. sayang tu sayang la cuma maybe perasaan tu tak serius. haha. budak lagi kan. rasanya aku pun macam kawan kawan je dengan depa sebab Qaiyum sendiri cakap mula mula kitorang couple, aku tak layan dia as someone special pun. haha padahal aku rasa macam dh special sesangat dah. aloo, nmpak sangat aku tak reti. sampai merajuk la dia. haha. lawak bila ingat ingat balik.

tapi sungguh tak teringat dah kat depa. sungguh. sekarang dah bahagia sangat dah. so kitorang decide untuk stay together, jaga relationship ni and bila dah sampai masa, kawin. amin. actually i am the one antara kami berdua yang rasanya susah sikit kut nk express feelings towards him. haha kayu. kayu jati asalnya, mana boleh lentur jadi penyapu lidi senang senang je kan. tapi nasib baik la pakwe aku ni jenis terbalik. so balance la. 

people always cakap yang aku banyak cakap. aku banyak cakap cuma dengan orang orang yang aku kenal je. tapi si Qaiyum ni dia bantai je bersembang. sebab tu bila kenal dia, aku cepat rapat dengan dia. dia banyak cakap, jadi bila dia yang start coversation between us, i became comfortable. bila dh kenal, masing masing banyak cakap, ape lagi, memang buku bertemu ruas la. anak anak nanti bakal jadi hos rancangan televisyen kot. tak pun lawyer. tak pun penceramah bebas atau P.M. hoho tinggi cita cita.

sampai sekarang aku still tertanya jugak la. apa kebaikan yang aku dah buat sampai Tuhan anugerahkan aku someone yang punya la baik di mata aku. yang tak perfect tapi melengkapi hidup aku almost dari setiap sudut. benda ni aku  tak cakap kat dia. sebab aku memang tak reti cakap jiwang jiwang ni. ayat jiwang banyak aku ulang balik apa yang dia cakap kat aku ja. sampai dia kata aku tiru ayat dia. haha. bersyukur. serius bersyukur. bersyukur sebab tak jumpa dengan dia awal awal atau lambat sangat. timing perfect masa kitorang jumpa. macam mana aku accident, then terpaksa join MPP, then terjumpa dia, at the same time tengah single after few years. aiyooo aturan perfect. 

almost 2 years and a half already. tapi everything macam baru lagi rasanya. awak still Qaiyum yang saya kenal dulu. sweet and protective. sekejap je rasa kan? happy sangat this week incase kalau awak bace entry blog ni Qaiyum. hati tengah berbunga raya orked. tambah sikit la bunga ros bagi wangi sikit. hehe. 

kalau saya marah, tenangkan saya perlahan lahan
kalau saya lupa, ingatkan saya dengan sabar
kalau saya terpaksa jauh, ingat saya takkan sesekali lepaskan awak
dan kalau saya lupa untuk cakap, sentiasa ingat bahawa saya sentiasa sayangkan awak



so much to say, but this is where we are. to the level yang even both of us cannot imagine during our first sight of each other. getting older with you is one of the best thing i ever dream of.


2.7.13

Ciri Ciri Orang Kepala Batu


Assalamualaikum

ni bukan level keras kepala lagi dah. ni level kepala lesung batu. orang orang yang kepala batu ni kadang kadang bagus jugak untuk kepentingan diri dia sendiri. tapi masalahnya lebih banyak menyusahkan bagi yang mempunyai kombinasi terlebih confident, suka mencapap (mempopularkan diri sendiri) dan rasa diri sentiasa betul plus, tak boleh nak terima opinion orang lain.


1. tak boleh terima teguran

" Eh kau tak boleh buat mcm ni, nanti haru biru jadinya majlis"
"Takpe, takpe, boleh punye. aku tau la aku dah pernah handle event"

dia jawab dengan penuh confident walaupun baru handle dua event. padahal yang mengur tu dah bepuluh kali involve in organization of any event. confirm confirm la yang lagi banyak makan garam tu betul. takkkkk, nak jugak buat sampai last last bila serabut, dia salahkan orang. menunding jari. tunggu aku kerat jari kau.


2. menyalahkan orang lain

"Weh lepas ni aturcara tukar. aku nak kau buat macam ni"
"Eh kenapa kau tak bagi tahu masa rehearsal tadi? kan kita dah setuju nak buat sama sama ikut yang dah decide tadi?"
"Tu lah kau tak take note"

pffftttt. take note kepala hotak kau. bila masa kau cakap la cela**. take note dlm kelas je. tengok muke kau pun aku dah tak kebulur nak pegang note book ape lagi nak take note ape yang kau cakap.




3. tak hormat orang

"Manap, apa kata kalau kita letak backdrop ni kat..."
"Oi Manap, jum makan ikan bakaq lepas event kat Kuala Pilah. sedap"
"Eh tak reti respect orang ke tengah buat kerja? Potong cakap orang suka suka hati"

suka memotong percakapan orang tanpa sebab. bak kata classmate aku, bila kita potong percakapan orang, orang tak akan respect kat kita. maybe dia suka potong percakapan orang because dia nak grab attention sebab tak cukup kasih sayang kut. tah tak tau la aku. yang pasti aku menyampah


4. tidak hormat pada yang lebih tua

bila bercanggah pendapat tentang politik terutamanya, tak perlu kut nak defend and so on. biarlah dia dengan opinion dia. kalau ye pun nak membantah, tak perlulah emo sangat menunjukkan yang kau sangat obeses tahap nak meninggal terhadap parti yang kau sokong tuh. mane pergi hilang adab kau sebagai orang lebih muda? ghaib dengan kekalahan parti ke derr?


4. diri sendiri saja betul

satu organisasi dah complain. takkkk, dia je yang betul sampai bergaduh gaduh. hish tak kuasa aku nak kerja dengan kau lagi. i will indeed leave the organization rather than working with you.

lepas tu tak lama kemudia mula meminta maaf dari semua orang mnyatakan jika ada salah dan silap maafkan lah. maaf tu bole bro, tapi jangan expect more la. jumpa pun kalau boleh better tak kut. see yourself before pointing your finger to me la. empat lagi jari tu tunjuk kat kau jugak kan?


sekian entry yang emo dari saya hari ini. oh emo juga tak bagus untuk leadership, sebab tu saya tak layak jadi ketua. hehe tq for reading!





12.6.13

SCUBA DIVING IN TIOMAN ISLAND

Asslamaulaikum

SCUBA DIVING. how cool is that huh? hehe. tioman island adalah salah satu pulau tercantik di Asia Tenggara. tambah tambah masa kitorang pergi untuk diving, cuaca memang tip top. siap bila timbul di permukaan, boleh namak pelangi between bukit bukau kat tengah pulau. amazing di permukaan, lagi amzing di dasar laut.

Subahanallah. tu je yang mampu diucapkan masa tengok macam macam hidupan laut. hampir hampir nak menangis tengok kekuasaan Allah. kalau lah aku hanya di daratan dan tak de kesempatan menyelam macam ni, aku takkan mampu tengok semua ni. ini pun hanya sebahagian kecil je kuasa Allah. lagi dalam lagi belum sampai, betapa hebatnya Dia.




ini pada kedalaman  12 meter di bawah air. bayak ikan yang kitorang jumpe. trigger fish, baracuda, sea urchin, starfish, gamat, dan large sponges. masa meredah ikan yang banyak tu, sangat amazing. semacam satu playground untuk diorang. semua ikan hepi, berenang bebas.  






ni semasa kelas dan taklimat untuk diving keesokkan harinya. semua tekun je dengar sebabnye dalam laut nanti tak boleh main main, tak boleh seronok sangat. everything yang instructor cakap memang akan dilakukan dalam laut nanti. 

contohnya apa yang perlu kita buat kalau in case tercabut mask dalam laut, gas tercabut, buddy kita kekurangan udara, atau pun berkongsi udara. semua tu kitorang practise dalam laut sampai lah dah boleh buat, baru instructor akan proceed untuk dive.




ini boleh dikatakan sebagai markas kitorang la hehe. ini barang2 yang semua wajib amik resposibility sebabnye kalau barang barang hilang, takut kelengkapan untuk turun ke laut tak mencukupi






ini semasa melakukan dive ke lima di pulau rengis dan pulau tomok. tak sabar nak tunjuk gambar gambar ni kat mak dan ayah. tak puas cakap melalui phone sajee. hehehe








kat belakang ada pelangi. nampak tak? hehe. cantikkan? hopefully lepas ni ada rezeki lagi untuk pergi diving sebab masing masing dah dapat lesen untuk Open Water Diving! hehe. 

sepanjang di tioman, memang seronok, tapi rindu pada orang di arau tak payah ckp la. untung dia memahami dan meyokong puteri dia ni. satu hari nanti, kita jadi buddy and dive together ok! tq sayang!

GO GO PADI DIVERS!!!!!!!