Thanks ! anda yang ke :

I CARE

31.7.12


26.7.12

BUDAK SEKOLAH + HANDPHONE

assalamualaikum

equation ataih ni rasanya macam samadengan NO. hohoh. mak bapak maybe ingat anak anak p sekolah bawak handset untuk keselamatan mahupun kerja sekolah n whatsoever. tapi pengalaman aku la kan, budak sekolah plus handphone will never gonna avoid from creating troubles. 

kalau masa spm dulu pun ustaz aku bagi bawak handset di asrama. untuk belajaq la dia kata. dalam duk nak spm pun ada lagi yang buleh p duk gatai mesej marka. gayut dgn marka hahah. tak makan saman betui. tambah tambah la budak budak sekolah la ni nak pakai handphone. hmpphh terrrkanan. 

keselamatan kah? no no. aku selamat ja even lepas balik sekolah kalu mak aku lambat sikit, aku kena p kat public phone depan sekolah telefon mak aku. kalau takut pun, aku pinjam ja fon sekolah. ape fungsi cikgu cikgu? takkan sekadar mengajar anak murid je meh. 

budak bawah 10 tahun sekarang bawak iPad, tab main sambil jalan jalan kat mall. wah. advance. tapi aku lagi besyukur dulu zaman aku tak dak benda ni semua. so far, i'm fine je. aku ramai kawan. for sure, tak forever alone. haha

oh mai. aku tak boleh pikir benda lain cuma gejala sosial yang berleluasa berlipat kali ganda. haishh



oh yeah. i feel like i am going to say NO to budak sekolah with handphone to school. haha
thank you :D

25.7.12

PETALA TUJUH

assalamualaikum
hehe tobat tak mau makan eskrem dah lepaih bukak posa dgn nasik. sebu perut macam kora kora ada kat dalam buat rumah. tak pa yang penting tak kacaw hidup orang kan. 

hohoh di sini saya ingin memintak maap kat abang polis yang tahan moto aku tadi. huhu bawak orang tak pakai elmet lagi. padan muka. naseb baik abang polis lepaih. kalu tak melayang lesen P. huhu. cannot imagine already mehh. 

aku suka peluk peluk beruang aku sebab dia gebu. tapi walaupun begitu aku masih berasa nak peluk peluk dia sepanjang hari. kaler pink dia tu membuatkan ku berasa pening lalat dan mudah tidooor lena. hehe. bila bangun pagi kalau tak dak beruang, rasa tak complete. puih. tapi ya, ini realiti. uhuhu. nemo yang penyek dah diberi kat aina. amik masa 10 tahun la jugak nak penyek penyek nemo tuh. sampai muka sendiri pun macam nemo dah. yep. nasib baik tak boleh makan ikan nemo. kalu tak, ade gak yang makan aku nanti.

kerja macam biasa cuma kadang kadang bila mai mood hyper tu mulalah nak joget. tapi kena tengok orang ada tak. nanti customer lari. paling faveret adalah lelagu industan zaman zaman muda mak dolu dolu. huahhhh terrbaek. lain dari itu, aku kacaw orang je. kak kiah memang suka aku kacaw dia. tahu itu. customer macam biasa, ada yang ok dan ada jugak yang tak toghah. hohoh. 

aku mandi hujan bulan posa nih malam ni. balik kerja redah lah hujan. huhu tak pe hujan jugak. cuba kalau panaih panaih tak hujan langsung tambah tambah bulan puasa. kalau kat sekolah dulu boleh la sejukkan diri guna distilled water kat lab time kelas sains. basuh tangan n muka bnyak banyak je taw. tak minum distilled water tuh. haa tak caye tengok muka gua yang suci nih. hmphhhh.

terima kasih baca aku merepek tahap petala tujuh. akhir kata, sedangkan arnab kalah dengan sang kora, kenapa Malaysia tak boleh menang dengan Arsenal. huh. takpe, beza sikit je. maju rimau maju.

sekian.

boleh kan aku letak pic dia ni. kenal tak? yea. me so sweet. hueh hueh hueh




24.7.12

OM NOM NOM NOM saye



you know how much i miss you <3

21.7.12

MENGIMPROVE ATTITUDE BERSAMA RAMADHAN



assalamualaikum to all muslims (maaf titile rojak haha. cool what!)
konichiwa. hehe namaste. how are you? Ramadhan Al Mubarak.

bulan puasa datang lagi. mahu berubah. mahu lebih baik. mahu jadi much much better. insyaAllah. menjaga percakapan. menahan amarah. tahan nafsu. mahu tolong mak masak untuk sahur sebab ni first time puasa sebulan di rumah after 8 years belajar jauh jauh since form one. hehe mahu improve. insyaAllah perlahan lahan. kalau tak boleh yang terbaik pun, kita cuba. insyaAllah. amin~

kita cuba perlahan lahan. chaiyok!

aku rindu kat ashraf. harap harap ashraf sihat. moga ada yang ambik n bela dia baik baik supaya dia dapat buka puasa dengan hepi tanpa aku di sisi nya. uhu~



20.7.12

HARI HARI YANG TAK NORMAL

assalamualaikum. selamat hampir nk tidor. haha. aku amik cuti tiga hari dengan bos hari tu. first day penang ke perlis, second day, clearance kat uitm yang penat nak mati, n third day, perlis balik ke penang. ianya sangat penat bila kena ke sana sini mintak sain untuk clearkan status anda sbg seorang pelajar yang berhemah! haha fuh. tak boleh belah ayat. then last2 kakak HEA tu ambil kad matrik aku dan potong! haha maka setel lah clearance aku. ni rupanya borang tuh. sampai jatuh2 moto aku nak buat bende nih. oh sad. dugaan betul. lepas ni tiada lagi baju kurung yang dipakai bersama heels menaiki moto bergear. hahahhahh


dan dalam masa 3 hari tu jugak lah, kami geng geng DC sempat berkumpul kembali even ada 2 orang tak cukup. huhu umam n qawim korea. kalu x memang cmplete. lama tak jumpa then lepak2 kat Tasoh. mane lagi kan? hehe. maka bermula lah hari tak normal aku.



budak tu kalu nampak camera memang macam nih. jgn risau ye


credit to ijat pic nih


 cantik kan tasoh? hehe


piring alien


jap jap heroin datanggg!! hahahahha chaihh


ko pose cmnih. aku pose cmnih. klik. pic da amik dh pon.


maka gugur lah pokok2 sekeliling kitorang. uhuhu

saya sayang DEFIANT CREW. hehe terima kasih semua :)

hilmi
caon
ijat
sayang
fuad
fifi
fadz

thanks :)

14.7.12

WAKTU DAH MASUK KE BELUM DIK?

assalamualaikum

hari ni ada satu kisah yang aku nak kongsi. tenenet. mcm skema banget. haha masa solat maghrib tadi, macam biasa, aku mintak keluar jap nak pegi surau. tapi kali ni, aku pegi awal, sempat la tunggu masuk waktu. then ada sorang perempuan lebih kurang sebaya dengan aku kat saf belakang. kiranya dalam surau mase tu kami berdua je. suddenly, seorang mak cik dalam lingkungan 60 mcm tu masuk. tak silap dia pun kerja kt situ, atau mungkin baru sebab before ni tak pernah nampak dia kat surau. masuk2 je kt surau, dia tanya kat perempuan saf belakang aku tu

"maghrib masuk tak lagi dik?"
"dah mak cik" (sambil berdiri nak mula niat)
"eh tak masuk lagi. ni jam mak cik ni memang betul, ikut tv ni. takkan ikut tv tak betul pulak"
"masuk dh cik. ni kawan saya mesej dah dengar azan kat luar"
"tak masuk lagi..lambat lagi nih. jam mak cik lagi 5 minit baru masuk waktu"

masa ni perempuan tu duduk semula. maybe sebab hormatkan mak cik tu yang duduk sebelah dia. aku kat saf depan pakai telekung n tunggu lagi. then masuk pulak sorang lagi perempuan nih. mak cik tu tanya pulak kat perempuan yang baru masuk tu..


"dik, maghrib masuk dah?"
"dah cik.."
"tapi jam mak cik lagi dua minit ni. takkan tak betul kot"

aku, perempuan yang first tadi, n lagi sorang awek kedai mane tah terus bangun nak semayang. then boleh mak cik tu kata:

"ni jam mak cik tak masuk waktu lagi nih"
"jam mak cik salah tuu~" slowww je aku ckp kt dia
"tak pe lah. mak cik tunggu jam mak cik nih."


pasal waktu solat pun nak tunjuk sape betul sape salah. haila. pandai pandai lah nilai sendiri.
salam :)

13.7.12

PUISI BUAT ISTERI


Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu. 
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan. 
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu. 
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik, 
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan, 
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu, 
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan, 
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku. 
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku. 
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku. 
Selamat menjadi separuh dari aku.


~puisi ini aku hanya copy paste. kenapa? ianya menyentuh jiwa (Nurul Aini, 13 Julai 2012)



2.7.12

QUOTES AND PICS

assalamualaikum

huh aku bosan giler. cuti hari nih. pun begitu, belum berkesempatan keluar tengok wayang atau bershopping sebab sekarang memang tak de mood untuk itu semua. puasa pun tak rasa lapar sangat sebab hari ni seharian hujan. lebat dan sejuk. tapi tak pulak rasa nk tidur. cuma lepas berbuka tadi dh mula rasa mengantuk. 

mula lar aku menyelak2 google n wall FB. dan jumpa these kind of cool stuff. hobi nih. 







and then i was watching television. jadi bosan n terus call dia. somehow, i feel relief bila dengar suara dia :)


yep, aini gemok love qaiyum. haha. merah aku tulis. hitam dia tulis.

HAPPY BIRTHDAY SUPERVISOR


assalamualaikum..


happy birthday buat kak kiah yang makin muda..acecece..haha cepat2 la kawin k..sorry baling2 tepung tadi..haha sekali ni je i promise.. semoga berbahagia di samping abang tersayang, pnjg umur murah rezeki..hehe amin3~

p/s: bukan date 1 july xde dlm calender ke tahun nih? haha lawak je..syg kak kiah :')