Thanks ! anda yang ke :

I CARE

19.4.12

BILA PERLU BUAT PILIHAN, KAU TAK BOLEH LARI DARI KETEGASAN.


assalamualaikum

sesuatu perhubungan adalah perkara berat yang bukan main main lagi. tambah bila kau hampir kepada satu fasa di mana semua saudara mara dah mula bertanya pada mak kau, cik bedah bila nak dapat menantu?




'aku dah jumpa budak yang kat stesen bas dulu tu'

'haha baguslah. lepas tu?'

'dia pun cakap dia suka aku. phewphew. bunga bunga bunga'

'ape tunggu lagi? ambil la cepat'

'tu masalahnya. dia dah berpunya'

'kalau macam tu kau jangan main api'

'tapi sama sama suka. dan dia pun ada masalah dengan teman lelaki dia'

'yang mana dia pilih? kau atau lelaki tu? fikir masa depan. jangan ikut hati'

'ntah'

'kalau betul dia sayang kau, dia akan tetapkan hati. dia pilih kau, takkan teragak agak lagi dah. kalau macam ni, satu hari nanti ditakdirkan kau berdua gaduh, tak mustahil dia akan cari lelaki lain sama macam dia buat pada teman lelaki dia sekarang'

'aku pun tak tahu. masalahnya dia dah berpunya. kalau tak memang kapel dah.'

'hal macam ni kau kena fikir sendiri dalam dalam. kita dah besar dah boleh kawin. takkan kau nak bercinta dengan perempuan yang kau tak mahu buat bini kan? haa jadi fikir baik baik. aku sokong apa pun tindakan kau.'

'betul tu tapi.. aaaaa. AAAAaaa. aku dah pening'


kalau hati kita bulat, maka kita nekad. tak perlu ragu ragu lagi sebab arah tujuan itu sudah di depan bola mata (Nurul Aini, 20 April 2012)


4 comments:

TheFayyadh said...

haissshhh~~ T,T

nurul aini said...

hehe relek weh. pengalaman sempena tumbesaran

ogyep yummy mellow said...

salam ziarah... seronok bw kat blog adik2 ni... refresh my past gitu...

nurul aini said...

hehe wkmslm. thanks :)