Thanks ! anda yang ke :

I CARE

10.11.11

cheritera #2 ADVENTURE OF KUNG FU KIDS


tersebutlah kisah, geng the kung fuss terpaksa mencari penawar kepada tokguru mereka, tok kura yang semakin gering. oleh kerana ubatan cina dikatakan mujarab, mereka merantau dari malaysia ke negara china untuk mencari ubatan buat tok kura. tok kura tersenyum bangga dengan anak anak muridnya. "syabas kamu semua" kata tuk kura sambil membetulkan cermin mata nya.



maka bermulalah perjalanan mereka. setelah seminggu mengerah tenaga mendayung kayak, mereka sampai di repulse bay, hk. mengetahui bahawa di situ terletak rumah jackie chan, mereka cuba meminta tolong. malangnya, jackie tiada di rumah.tanpa membuang masa, mereka meneruskan pencarian.


setibanya di tengah kota, tiba tiba Qaiyum the Tiger berlari dan melompat lompat. rupa rupanya dia telah menjumpai sesuatu yang boleh membantu the kung fu mencari penawar untuk tuk kura.



Qaiyum the Tiger telah menjumpai..si Kung Fu panda versi perempuan! maka melompat lah Fuad the Panda dek terlalu excited mahu berjumpa Panda perempuan sehingga terpaksa diselamatkan dari terjun ke laut secara tak sengaja.



setelah bertemu dengan Panda perempuan, maka mereka pun telah menemui jalan penyelesaian untuk penyakit tuk kura. akan tetapi mereka hairan, kenapa panda itu sangat moody? the kung fussss pun pulang walaupun masing masing tertanya tanya akan sikap aneh Panda perempuan itu.



tiba tiba Halim the Mantis menunjukkan sesuatu. patutlah Panda perempuan selalu moody. rupa rupanya rumah panda perempuan yang mereka kunjungi terletak di Mody Road..huuuu. nampaknya Halim the Mantis juga telah menunjukkan wajah yang menjurus kepada mood tidak baik. segeralah pahlwan pahlawan itu beredar dari lokasi tersebut..


dan seperti yang dijangka, susana kembali ceria, tambah tambah apabila the kung fus terserempak dengan segerombolan gadis sedang menari chacha.


pelbagai rintangan terpaksa dihadapi untuk meneruskan perjalanan. mereka diserang oleh Zahid the Flamingo yang ingin menggagalkan usaha murni mereka. mujurlah serangan tapak kaki berapi tingkat 18 nya ke atas Fuad the Panda dapat ditangkis oleh the kung fuss yg lain!




setelah penat berjalan, akhirnya mereka sampai di istana tabib. akan tetapi istana tersebut telah ditakluk oleh seekor raksasa. nun jauh di atas tangga kelihatan si raksasa menunggu kedatangan mereka.


semua the kung fuss sekali lagi bergabung tenaga dan menerkam raksasa tersebut hingga di menyerah.

apabila sampai di dalam istana, Aini the Hamster disuruh mencari tempat tersembunyinya ubat tabib yang dapat menyembuhkan sakit tuk kura. rupa rupanya ubat itu tersembunyi di dalam patung anak naga. Aini the Hamster menjerit kegembiraan setelah menumpai ubat itu. sempat jugalah dia pose seperti kena gigit oleh patung itu.


maka tuk kura pun sangatlah gembira dan sihat seperti sediakala. malah, tidak perlu lagi memakai cermin mata beliau yang pelik itu. makin bertambahlah sayangnya terhadap the kung fusss. hehe. sekian!


wajah wajah bahagia hoho

starring: hafees qaiyum fuad zaid aini fara zahid dayah halim anis n the geng.
p/s: aku tak de keje




4 comments:

masyitah.mohd.rosli said...

seronoknyaa tengok gambar korang...=)

nurul aini said...

hehe. suma gila

masyitah.mohd.rosli said...

mana svnr utk kiter???huuhuhuuh

nurul aini said...

next time pi larrr hehehe